Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Geng Betty

Friday, 9 September 2011

Hhmm...aku pakai asap je...

As Salam..
ptg Jumaat yg mulia..

 Betty..nape nangis sampai tutup2 muka tu...??
~ Hhmm..susahla mcm nie...mama..mana Betty nak carik extra 60sen..huhuuhuh.. ~

 Sama la ngan Rozy..Rozy ada ngam2 je 10 hengget nie..leceh la..
~ Errkk!!! ngape korg nie... ~

 Ma..oh ma..adik nak pinjam 60 sen bleh..adik pon x cukup nie..pls..pls..
 ~ Eh..apsal sume kecoh pasal 60 sen ni..??? ~        
(Mama mode confused)

 Huhuhu..kalo xde 60 sen..xde maknanya ada henpon..baik Rozy humban je henpon ni kat litter tray..huhuhu..Rozy kene carik part time job la nampaknya..sbb nak carik lg 60 sen!! huhuhu

 Laaa...mama tak tau ke?? start 15hb nie..top up kene tax 6%..kalau beli top up 10 hengget..kene bayar 10 hengget 60 sen..hhmm..10 hengget tu ada..dpt dr duit raya..tapi...kitaorg xde 60 sen!! camner nak beli top up..henpon Rozy tinggal 12 sen je ni!!
~ hhmm...henpon adik lg la..dah zero & tak leh nak call out dah...~

Abg Mail Lambung..abg ni balik je mkn..mkn je balik..tak risau ke top up kene tax 6%? Abg kan byk gurlfren..mesti byk pakai top up kan..abisla duit abg pas ni..
~ tak risau la..sbb aku antar msg guna asap..macm red indians...~


Berita sumber dari Berita Harian..
KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya. 

P/S: Malaysia ada 26,500,000 pengguna telco prepaid. Jika purata sebulan seorang guna RM50, pendapatan telco prepaid adalah RM1,325,000,000 dan jika cukai 6% dikenakan jumlahnya RM79,500,000 SEBULAN SAHAJA sama banyak dengan pendapatan RM2,000 sebulan bagi 39,750 rakyat.
bagi sesiapa yg beli topup sblom 15 september 2011 dan telah dikenakan cukai sebelum berkuatkuasanya peraturan baru itu, sila hasilkan/rakamkan/simpan sebarang bukti berkenaan transaksi tersebut. buat laporan di balai polis/ tribunal tuntutan pengguna untuk langkah seterusnya.
 

2 comments:

  1. kak...anak2 akak semua gemok2...jeles saya tgk...huhu...

    ReplyDelete
  2. kata ditangguhkan tp klau takde terus pon tak pee.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers