" Kau bukak mata ko besar2! Kau tengok betul2 muka kau yang selekeh, berkerak dan buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja2 nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik tau tak! kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini hanya benci! Benci! Benci!!" Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.
Haaa..amacam...best kan...sadis betul...Skrg ni dah dtg mood nak baca novel Melayu pulak...novel ni karya Siti Rosmizah..1057 muka surat..tebal tuh!! Aku x membaca sakan..baca bila nak tdo..ptg2 tunggu big boss main badminton..mkn seminggu jugakla baru habis...mak aii...lembab betul...
Novel ni mengisahkan liku2 hidup seorang gadis yatim piatu, si Dian Zara. Aku bagi summary la..
Dian Zara..watak utama, lurus bendul, bersangka baik selalu, hidup susah dari kecik..dok kat kg..jual kuih hasil air tangan mak tirinya, Kamsiah..Kamsiah ada anak dara sorang, si Adira. Anak beranak jahat..yg baik cuma Nek Wan, Nek Wan ni mak kepada Kamsiah. Bapak Dian kudung kaki, x leh kerja tp kebajikannya x dijaga oleh Kamsiah..dah ambil harta, rumah semua..dibiarkan saja..yg menjaga cuma si Dian ngan Nek Wan..bagi mkn cuma nasik kicap atau nasik dengan air garam..akhirnya meninggal..tinggal la Dian jadi anak yatim piatu. Atas factor kemiskinan dan kesihatan Nek Wan, Dian gantikan Nek Wan kerja di banglo org kaya, padahal masa tuh Dian tgh study utk STPM.
Dlm banglo tuh..yg baik cuma Datuk Salleh, Nek Tuk, abg Arman dan anaknya Elinna...Datin Maimunah dengan anak lelakinya, si Zarif Adha pula sombong, mmg x pandang dgn org miskin. Dian dipandang hina. Datin berhajat nak bolot harta Nek Tuk, takut harta tu jatuh pada Elinna dan Arman kerana mereka berdua tu bukan family kandung. Arman tu anak driver yg dibela seperti anak sendiri. Datin bagi masa utk si Zarif kawin, nak dpt cucu cepat..supaya harta dpt pindah milik segera. Zarif tersekat..mana nak carik bini dalam masa singkat.
Si Zharif ni ada sorg kawan yg hazab...namanya Rahman..dia bagi idea pada Zharif untuk kawin dengan Dian..dgn alasan Dian tu bendul..sesuai dijadikan bini sementara, dah dpt anak boleh la diceraikan segea..sbb niat kawin cuma nak dptkan anak demi memenuhi tuntutan cucu datin tu utk bolot harta Nek tuk. So berlakonla si Zarif ni, sibuk dia terkejar dan ngorat2 Dian..walaupun geli, jijik dengan Dian, dia buat juga...akhirnya..kahwinla si Dian dgn Zharif. Bermula lah episod kisah sedih Dian setelah bergelar isteri. Sikit pon dia x sangsi dengan si Zarif..maklumla..lurus bendul.
Dia diperlakukan mcm hamba abdi..dimaki, diherdik. Ada kalanya Dian rasa dia diperlakukan mcm perempuan jalang..disentuh hanya sbb nak anak..lepas tu dimarah2..disuruh tdo atas lantai..Akhirnya Dian pregnant..suka la si Datin Maimunah tu..impian nak bolot harta bakal tercapai...tapi sikit pon rasa kesian tak ada...Dian ttp dilayan teruk..menu hariannya sama jek mcm masa duduk di kampung..nasik dengan kicap atau air garam. Bila diketahui kandungan Dian bermasalah, cacat, Dian dipaksa oleh datin untuk bekerja..dengan harapan anak cacat tu mati dalam kandungan..Mujur majikan tempat Dian bekerja tu baik..tp tula..org sarat mengandung disuruh buat kerja berat, jalan kaki jauh pergi balik kerja.
Pada masa tu juga la Zarif berkenalan dengan Azura, sepupu si Rahman yg bagi idea giler kawin dengan Dian tu..dan ada affairla..lagila dia bertambah benci dgn Dian..si Azura ni pon sama2 amik peluang maki2 dan herdik..x sedar diri betul pompuan ni...Satu hari..Zharif sibuk2 nak pi birthday party si Azura..time2 tu la Dian sakit perut nak bersalin..dah gaduh2 bagai..Dian pi la hospital jalan kaki..mujur terjumpa org yg nak membantu..org tu la yg hantar pi hospital...Berita sedih...baby Dian yg diberi nama Mohd Adif meninggal..kuasa tuhan..ntah kenapa tergerak hati Nek Wan dan Nek Tuk nak dtg KL melawat Dian..so jumpa2 di hospital..masa tuh terbongkar la semua angkara jahat datin dan Zarif. Sayangnya nasik dah jadi bubur, Dian dah terseksa, Mohd Adif dah meninggal..Dian meroyan lepas bersalin...kesiannya ko Dian....
Selepas pulih dari meroyan..Dian dan Nek Wan nak balik KL..nak mulakan hidup baru di KL..Dian dah decide nak bercerai..dia benci ngan Zarif...pada masa yg sama Zarif, datin dan Azura marah2 dlm kereta sbb tembelangnya dah pecah depan Nek Tuk, Zarif mengamuk dlm kereta..di pertengahan jalan accident plak..Dian yg berhenti nak tgk2 rupanya baru sedar yg accident tu suaminya..perut dah hampir nak terburai sbb tersepit dengan seat...Azura dah ketakutan, x mau tolong Zarif, datin dah macm org gila jerit minta agar anaknya dibantu, sape nak bantu, kang terburai plak usus tgh jalan..Tak semena2 Dian yg berkocoh ke depan, membalut perut Zarif yg parah dgn tudungnya...benci tetap benci...tp Dian ni kan baik..dia tolong jugak..
Selepas kejadian tu, datin dan Zarif insaf..Zarif beriya2 nak balik dgn Dian, tp Dian berkeras..dlm gaduh2 tu..Dian lari keluar banglo dan dilanggar kereta...haaa..Dian lak accident..sedar2 je hilang ingatan...dia x ingat semua perbuatan jahat laki dia sebelum nie..so dia terima Zarif..dan depa hidup bahagia..sampai Dian pregnant anak ke 2..Masa ni byk la dugaan..si Arman nak tackle Dian, Rahman dan Azura nak porak perandakan rumahtangga Dian & Zarif..tapi semuanya gagal...Mereka hidup bahagia..
Nasib si Kamsiah?? Konon2 bahagia...sbb Adira kawin dgn Tan Sri, walaupon tua dia tak kisah..lepas dah kaya kononnya, siap jual tapak rumah di kampung, kesian Nek Wan anak dia buat dia mcm tu...tp tu la..org jahat mmg akan dpt balasan jahat kan..Dia x diperdulikan Adira..dia sakit..sampai kakinya perlu dipotong sama mcm arwah suaminya (bapak Dian)..dia ditinggalkan di tepi jalan..selepas mengemis bbrp lama..dia bertemua ngan Dian..Dian yg pernah dimaki2 dipukul2 dulu tuh yg bela dia..tp usia x panjang..dia meninggal..kesian Nek Wan..
Si Adira pulak main kayu tiga dengan negro...so dia di ceraikan Tan Sri..harta satu sen x dpt sbb Tan Sri tu kaya dek harta bini..so kene halau dari rumah..Negro tu bukan nak sgt ngan Adira..dia dijadikan keldai dadah..udahnya kene lokap kat Australia lepas kene cekup ada dadah semasa di airport..Mak dia meninggal pon dia x tau..
THE END
P/S: Buat baik dibalas baik..buat jahat jgn sekali...
Ada lg satu version citer ni. Jalan citer lebih kurang sama tapi tk ingat tajuk nanti g cari novel tu n tak setebal buku tu. I've read both novel even can predict ending still mau baca sampai abis.. hehe
ReplyDeleteAndai itu takdirnya kot...yg syukri yahya berlakon
DeleteNak pinjammmm!!!
ReplyDeleteadoiiii! too much drama never ending ending....kroihhhhhhhhhh
ReplyDeleteSo buat jahat dua kali la..sb jgn sekali.. heheheh
ReplyDeleteAla aku nak sangat si Dian tu cerai dgn Zarif pas tu kawin dgn Arman pas tu Arman jadi giler adooi, spoilt la ending dia 🤦♀️
ReplyDeletedulu ada novel ni tp dah jual. andai itu takdirnya la kot.. sian dian. padan la muka si zarif tu
ReplyDeleteRespect and that i have a nifty offer: What Was The First Home Renovation Show average home renovation cost
ReplyDelete