As Salam..
Apa perasaan korg bila baca nih:
Mesej ni aku copy paste dari wall FB org kuat Kucing Terbiar Anjing Jalanan (KTAJ)
Aku?? Aku rasa marah...M.A.R.A.H..
Bukan marah kat MPAJ..tp aku marah pada org2 yg tak alert dgn isu pemandulan utk haiwan atau lebih teruk dengan SENGAJA tak mau neuter pets diaorg atas pelbagai alasan..ni jadi gini..apa nak buat?? nasi dah bubur..beranak sekor dua ko mampu ler nak bela..kalau dah beranak 2-3, kali setiap kali keluar 4-5 ekor..ko mampu?? sudahnya ke mana? ko buang kat pasar..ko biarkan bersepah merata..mana yg kene tangkap, tak kira lg yg mati atas pelbagai sbb..sedarla..xde dosa kalau mandulkan haiwan..hukumnya harus..HARUS sbb ia melibatkan hak asasi haiwan dan masyarakat keliling..aku muak dgn alasan hukum haram la dosa la..mmg ada ustaz yg kata haram sbb dia ikut konteks dan fahaman pendapat yg berbeza, tp kalau nak ikut situasi skrg kat Msia nih..especially yg penduduknya rata2 masih belum buka mata pasal animal right and animal cruelty..baik ko neuter saja..abis cerita..ko xde masalah unwanted litter..dan makin berkurang animal yg akan ditangkap sbb berkeliaran dan di PTS..kan..kenapa suka buat kerja yg susah..jln mudah kan ada..
apa daya badan kecil mcm KTAJ nak selamatkan 100 ekor anjing dan 70 kucing yg dah ditangkap ni? kes petknode pon masih ada yg berbaki..tp insyaallah akan selesai semuanya...untung2 boleh carik adopter utk sebahagian haiwan ni..selebihnya?? nak put to sleep? mudahnya kamu fikirkan itu..tp berat hati aku nak lepaskan mcm tu aje..antara kita ngan haiwan..kan kita yg dianugerahkan akal..kenapa kita yg berakal ni x mau pikir mcm mana nak selesaikan masalah makhluk yg xde akal..so x wajar kalau kita persalahkan kucing anjing yg makin byk dan beranak sana sini...halooo..depa x reti nak pakai condom ngan mkn pil perancang/pencegah kehamilan..harus ko sedar itu..
ye betul aku x mampu nak tolong semua..nak sdopt semua..sumber aku terhad..ada limitations yg harus aku patuhi..for example..kucing aku sendiri dah 10 ekor..xde space..ditambah dgn jiran yg x suka kucing..mmg payah..apa mampu buat?? aku shout out sana sini harap2 ada insan yg mahu membantu selamatkan haiwan2 ni.. kawan2 lain pon sibuk share di wall masing2..bertweet2 di twitter..harap2 ada yg dengar..ada yg mahu..ada yg tampil...
Thumbs up utk MPAJ yg x sewenang-wenangnya nak PTS haiwan2 ni semua...at least ada juga usaha depa nak bantu..tp kita juga harus faham yg MPAJ x boleh hold animals ni lama2 sbb diaorg xde pound atau mana2 shelter home...
urrgghhh..terasa kecil sungguh diri ini..aku x daya bantu..sedih!!
Mood juga sudah hilang..dari tadi dok kira isoflavone tp memanjang salah..padahal kira pakai calculator..aku susah hati..Pandang muka Rozy..Bokashi..depa ni kan aku kutip dari pasar..haishh..aku x leh bayangkan..double sedih!!
dah muak dgn mereka yg sibok nak berbahas pasal dosa kembirikan haiwan nih, naik letih!
ReplyDeletebila lah nak terbukak pikiran yg sempit tuh...tgk jelah natijahnya skrg nih..bila dah jadik camnih dah terlambat siapa yg mampu nak jaga haiwan yg bergitu banyak tu
sgt sgt sedih...sedih bila tak terdaya nak membantu :((
betul..muak...muak!! kan..hal2 kebajikan haiwan ni mmg dipandang sepi dek org Malaysia nih..bila la nak berubah..
ReplyDeletebetul tu MM..sakit ati bila benda camni berlaku..terbayangkan kesengsaraan makhluk Allah tu..:(
ReplyDelete