As salam..entry ini telah dipost dan kemaskini oleh Atek..harap maklum.
Smlm terdengar mama berborak kat hp pasal satu kawan mama umahnye dimasuki pencuri..bukan malam atau awal subuh ke..tp waktu petang..time org sibuk2 balik kerja...Atek rasa sebagai ADUN Balakong..Atek perlu mengetatkan security rumah sbb mama dok umah sorg2 siang & weekend pon sama sbb kadang2 Big Boss ada event...
Tugas2 mengawal keselamatan di rumah telah diagihkan dikalangan kami..misi utama..jaga mama time Big Boss xde..sbb kalau mama xde..kibbles kitaorg pon xde maksudnya..sape nak garuk2 perut kitaorg kalau xde mama..as a conclusion.. mama sgt penting OK!!
Peya..sbb dia sgt expert dlm serang hendap ala komando..dia dilantik sbagai perisik..semak mana..lorong mana yg dia x tau..short cut jln2 kat Karunmas semua celah micai dia jer.. |
Atek juga nak bg tips menghalang kecurian..dpt dr blog sorg kawan..Atek rasa sgt berguna..sharing is caring Ok..mmg apa yg berlaku Allah dah tentukan tp kurang2 pun kita boleh cuba menghalang..jgn sampai perkara perlaku kerana kelalaian kita sendiri..
Tips menghalang kecurian.
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri, bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. (ini maybe utk dok kg yg tandas kat luar kot..)
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...). (simpan barang dlm tempat2 yg x disangka ie periuk dlm kabinet dapur, dlm oven, bekas biskut..ini bukan tempat peberet utk pencuri geledah..)
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. (also pastikan sentiasa ada kredit hp tuh..)
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. (and CCTV too)
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). (rasanya byk kete yg senang kene curik..pencurik makin bijak..haishh..invest utk pasang immobilizer maybe membantu, alarm kadang2 org x kisah sgt..service utk track kete guna satelite pun x semua org ada..)
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.(jgn lupa ajar pada mereka apa perlu buat kalau pencurik disyakki dah masuk, jgn bukak pintu..call police terus no matter what happens)
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. (ini penting..kayu chota pon boleh..apa2 yg senang dihayun..pernah terbaca..dlm keadaan tertentu..bulu ayam/rotan pon berguna..kasi sebat itu pencuri!!)
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 mlam).(pastikan keadaan selamat sblm keluar kereta utk bukak gate..autogate mcm ok tp susah nak kata..jiran sebelah pakai autogate stil kene pecah sbb tak sempat autogate tutup..pencuri dah sendal dgn moto..autogate kan slow..)
wahh atek2 kalau mcam tu punya ramai bodyguard kat rumah mama kamu mmg tak berani lah pencuri nak masuk hehe...
ReplyDeleteFor instance, they may select a type of lettuce that has purple coloring in it as well as green.
ReplyDelete5 will decrease the availability of lead from your
soil. Grab a few bags of organic potting soil and lean them
up against the sunny side of your garage or a brick wall
of your home.
Review my weblog: picturesque