As Salam...
Kecoh skrg..isu event 'I Want To Touch A Dog'...pening kepala...satu Malaysia kecoh..event ni dikatakan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam terhadap anjing...aku x setuju la...aku rasa yg melenting2 ni org Melayu je..sbb Islam tu indah dan luas..terutama apa bila berckp ttg pendapat mazhab...
Jgn buat speku pulak kata aku nak bela anjing..aku x sejahil yg ko fikirkan..cuma pendapat tak sama...sblm ni aku like2 page anjing..aku share pic anjing esp corgi my fav tu sbb katik2 saiznya..terus dpt pm suh mengucap..kembali kpd islam..kgn hidup dlm kesesatan..apa korg nie..
Event ni katanya dpt kelulusan palsu la..surat palsu la..hakikatnya mmg dpt kelulusan dari MAIS..ko tau tak betapa bersusahnya org tu turun naik nak dptkan kelulusan dan ustaz yg mau beri penerangan masa event tu..dah kalau ko dgr la tazkirah ustaz masa event (kalau bother utk carik la kan..korg kan suka share2 without knowing the truth).. dia pun explain mengikut apa yg ajarkan oleh mazhab Syafie, dia cuma nak tukar mindset org je supaya jgn pandang hina pada ciptaan Allah sekalipun ia hanya seekor anjing...x ada pulak dia kata ok..kita boleh bela anjing lepas ni..x ada!
Aku?
Aku rasa menyampah dengan depa2 yg menghukum tanpa tau tujuan event tu diadakan..lepas tu bising dan beremosi tak tentu pasal.. kutuk mengutuk..keji..fitnah berleluasa bahana event ni...keyboard warrior bersepah2..tiba2 ustaz dan ustazah instant tumbuh bagai
kurap cendawan..Aku ambil pendekatan untuk berdiam saja..xde faedah ajak berbincang..sbb mereka mmg tak mahu faham...mungkin niatnya baik..nak 'sedarkan' kesilapan kawan2 atau org2 yg dirasakan dah buat silap dan tersalah pilih arah tujuan bila turut sama menyertai event tuh..but wait...do you think i can easily be fooled? Sbb aku tau aku cetek ilmu ni la aku buat extensive reading and korek2 sebanyak mana vid2 ustaz2 kat you tube berkenaan isu nih..ko tau tak?? Ko tak tau tu kan..sbb tu korg bash aku mcm2..as if aku ni dah sesat..sedih sgt2 rasanya..of all pll yg aku kenal..why must it be you..
Aku cut and paste balik tujuan event nie yang aku dpt dari page event tu sendiri..so baca dengan hati terbuka dan lapang dada..
Just for the curious with heart to touch a dog. Open to all race and religion and age. A free event. For the muslims, we will talk about sertu as well as practical on it.
The main reason is to overcome fear, just pat/touch and for the muslim, to clean it
properly.
Reason why I am doing this is to find a tactful way if I ever need to savebone I would know how InsyaAllah.
Not to promote dog ownership as this small event is just for the curious. I doubt it should be about anything else. But if it actually sensitized some individual, do clarify it first before it will be drawn to fitnah. Wallahualam.
Dah baca?? So..
event ni bukan nak menyeru org Islam utk bela anjing beramai2 lepas ni...tidak..bukan...bukan itu....mende ni cuma nak kikis imej dan stigma negative serta jijik terhadap anjing..esp org2 Melayu Islam ni..nak bentuk rasa kesian sekaligus mengurangkan kes2 animal cruelty sbb anjing dan kucing antara haiwan pets yg kerap jadi stray dan terlibatkan dgn kes cruelty.. Ada yg bangkitkan nanti ada event pegang babi pulak..ko dah gila? sejak bila ada babi merewang2 kat jalan mesia ni..ada ke ko tgk babi2 terbiar babi jalanan kat belakang chowkit or belakang klcc? pernah ke babi sondol2 kaki ko mintak makan kat foodcourt? ada? agak2 la sikit..bagi contoh pon dah x berapa nak bijak...
Ada yg kata...kalau nak educate kenapa bawak poodle2 comel..anjing2 jinak yg dah dipelihara takpun kenapa tak bawak patung anjing je..or apsal x bawak tu haa anjing2 kurap tepi jalan...ok..satu lagi soalan agak bingai pada aku..benda ni nak overcome fear..so mestilah bermula dgn perkara yg paling mudah..kalau ko bawak anjing garang ke anjing gila ke..forever and ever la depa takut anjing..hakikatnya..x semua stray diluar tu garang dan jahat..cumanya kita ni xde ilmu mcm mana approach dgn cara yg betul..anjing tak sama mcm kucing..even ko approach arnab ke sugar glider ke yang jinak2 tu pon berbeza..sbb setiap haiwan tu ada ciri dan tabiat berbeza.. event ni nak buang rasa takut pada anjing la..bukan pada plushie or patung...ngek sgt opinion ko kan..
Kalau la satu hari ditakdirkan tertembung dgn kes anjing yg baru kene langgar ke..jatuh longkang ke..aku ni x la takut nak tolong angkat ke hape..isu samak dan sertu x perlu dipertikaikan..sbb anjing tu x dinafikan kategori najis..so mmg ko kene bersihkan diri lepas tu..itu jer...even masa kat event tu..ada sertu coaches yg ajar cara sama k dan sertu yg betul..ada yg kata..budak2 pon reti buat samak sertu tu..ouh really...bagusla..x semua org pandai mcm anak ko kot..so ada yg nak mengajar..kan bagus tuh.. Aku pon baru tau selain sabun taharah ada satu lagi sabun clay base dlm bentuk liquid yg boleh guna untuk tujuan pensucian, bahan yg sama jugakla ni guna untuk sertu dan samak dapur Ikea tuh dulu...ko tau? Hmm..mesti tak tau kan..
Ada yg sebut sajer2 pegang anjing tu haram, peluk2 anjing tu haram..bak kata ustaz retis tu la kan..but then ko tau ke org2 yg dtg tu kompom mazhab apa yg depa pegang? Tak kisahla org..aku sekali lagi nak bagitau aku pandang ia sebagai satu cara utk belajar..itu jer.bila dah ramai2 yg dtg..penganjur pon x menang tangan nak perhati perangai semua yg hadir..yg hadir ramai..kawasan luar..kot ada yg terover tu mungkin excited sbb first time dpt pegang anjing sedangkan selalunya dah dimomok2 yg anjing tu haram..siap ada yg ajar anak2 baling batu kalau nampak anjing...apa sebenarnya yg ko terapkan pada anak2 kalau itu yg ko ajar..as if its not ok to be cruel to animal but its fine to hit a dog sbb dia haram..salah tu! mmg anjing tu haram...tapi haram dimakan dagingnya bukan utk dipegang..stil jadi kesalahan kalau kita sengaja menyakitinya..bila nak bela perlu ada tujuan dan sebab2 tertentu.....itu jer..kenapalah korg suka susah2kan benda mudah.. itu belum kata dah pegang anjing tu..kene mandi wajib semuanya...aku tatau nak gelak or nak nangis..ustaz planet mana yg dia belajar nih..org komen ko pon sibuk nak mengkomen tp komen ko tu hampass tau tak..adoii..
Part paling kesian..ustaz yg datang tu dikatanya Kristian..org2 melayu yg dtg tu semua dah murtad, kena balik bertaubat dan mengucap, yg datang tu sebenarnya jemaah gereja jalan gasing...dasyat betul 'nasik tambah' korg nih...aku tatau pon ada gereja sana..aku tau jalan gasing tu ada hosp vet yg besar je dan servicenya tip top ..tu jer...
Allah..korg dah main fitnah2 nih..x tau kisah sebenar dok share sana sini..caner tu? Kalau ustaz tu jiran sebelah umah boleh ko mintak maaf, kalau jauh pastu kenal pon idak..caner? Dah la banyak 'nasik tambah
nya setiap kali di share..dan disetiap sharing tu da jek mengkomen2 hebat yg maki2..mcm mana ni wei...sape nak jawab nih..
Mcm la ko tak tau game org2 Malaysia ni..kaki photoshop dah kaki 'nasik tambah'..berapa banyak cerita tipu muncul bila ada yg depa x suka atau x kene dgn selera..pic jgn ckpla..lagi melambak..almaklum software photoshop pon ada yg free kan...hhmm...
Ni la yang aku cuba nak ckp tp x reti..tp alhamdulillah semuanya yg aku rasa dah terangkum dlm ceramah ustaz nie..terdapat keluasan dalam 4 mazhab ni..so kenapa perlu taksub dgn 1 mazhab je dan yg bestnya mazhab yg ko dok ikut tu pon aku rasa ko x khatam habis..mcm yg ustaz ni ckp..org menolak apa yg imam malik ckp sedangkan dia tu guru kepada imam syafie..imam syafie pon x pernah tolak apa yg guru dia ajarkan so korg2 ni semua ni dah kenapa?
Ni lagi..dengar sampai habis tau..penerangan dari ustaz rasul dahri pulak...
P/S:
kang mesti kecoh kata ni ustaz wahabi la..ustaz liberal..takpun dikatanya syiah..almaklum..kata2 ustaz pemes atau ustaz retis lebih diambil kira, padahal mereka ni cuma ada pandangan yg berbeza dan semestinya seperti kita jugak mereka bukan maksum ie tidak terlepas dari kesilapan dan dosa.
Mmg selalunya mcm tu..pantang ada pandangan yang beza sikit..mula lah melabel org..kita dok canang Islam itu indah..tp kita sendiri dok tunjuk ke org2 non Muslim perangai kita yang tak berapa nak 'indah' tu bila mengkomen..yg bestnya para pengkomen2 tu..ada yg picnya dok tayang tetek dah separuh terkeluar..ada yg pic peluk2 bf/gf..eehhh...hipokrit sgt kan...
Senang aje nak porak perandakan org Islam kat Malaysia ni..ko tabur je pasal anjing dan babi..menggelupur tonggang terbalik semua...x payah sebut la pasal araknya..judinya..x payah..dua ni cukup..
Berborak dgn kawan Palestinian dan those yg dtg dari middle east dan mereka yg dah migrate to western countries..semua geleng kepala, aku pon tak tau nak ckp apa..kalau kita ckp nanti dikata dakyah2 liberalisme dah menyusup masuk la hape..siap suh aku belajar dan carik ustaz utk rujukan..well i did! apa yg aku dpt..ustaz2 sendiri bercanggah pendapat satu sama lain..kita yg bawah2 ni lagi la..nilaikan sendiri dan jgn melabel org kalau dia ada pendapat berbeza asalkan x lari dr landasan syariat..
Pada aku la..aku stil pandang benda ni in a positive way..sbb aku tau stp benda yg Allah ciptakan ada nilai dan fungsinya tersendiri..aku bukan nak besar2kan anjing..cuma..dlm korg kata anjing tu haiwan hina, haiwan jijik, haiwan najis, anjing la jugak Allah kurniankan sharp senses utk bantu dlm urusan search and rescue bila ada bangunan runtuh ke hape..utk carik dadah kat airport..untuk bantu org buta dan pekak (yea..hearing dog wujud..see..itu pon aku rasa ko tak tau)
Aku ada kawan..umah parents nya dah 3 x kene pecah dlm 1 bulan yg sama..2 kali tu report polis dan tukar kunci gril semua..mohon kerap adakan kawalan malam..x jadik..kene pecah lagi...dia pasang cc tv..x jalan..pencurik siap spray cctv dia ngan cat..dia risau keselamatan parents dia..sbb umah tu duduk berdua je anak2 keje semua kat kl..so dia pi spca dan adopt anjing..sbg guard dog..anjing ni duduk luar je..x masuk umah pon..dia siap amik maid utk uruskan anjing sbb bapak dia pon a bit skeptical pasal mende ni..baru xde kene pecah lagi..yg bestnya..lepas tu bapaknya kene bash dan kene pulau dgn ajk surau..lepas solat jemaah siap xmo salam sbb alasan najis..raya pon x dtg rumah..itu lagi gila aku rasa, sbb sah2 org tua tu dah bersuci dan dlm wuduk sbb nak sembahyang..takkan dia nak lepas legar2 anjing dia time org dtg beraya kan..so sape yg narrow minded skrg nih? skrg ni pakcik tu dah tak heran..dia pi solat kat surau taman lain..dia ckp masa dia susah kene rompak bukan org bantu pon..dia bela bersebab..dah cuba ikhtiar lain x jalan..sape yg berani..asyik2 ada parang kat leher..barang kemas abis licin kene sapu dek perompak..
So kalau ada yg kata kami2 ni x berapa nak islam sbb kami xde pendapat yg sama dgn korg2 yang oh-so-pious-you yg x setuju pasal event ni..terpulangla..sbb benda khilaf ni mmg macm neverending...bawalah hala tuju masing2.. Insyaallah aku terus carik info dr kitab2 lain dan ustaz lain juga..sbb ni jugak la tiba2 rajin korek2 balik kitab lama arwah tok..nasib dlm bahasa melayu, kalau bahasa arab mampuih x paham..kene byk membaca dan rajin tanya..secara x lansung terbelajar juga sikit 2 berkenaan mazhab2 lain dalam aspek2 lain juga yg kita x belajar di sekolah..itu yg priceless sebenarnya..ok..dah..oh-so-not-pious-me nak log out...daa....