Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Sunday 2 October 2011

Mau kaya? mau senang bayar hutang? Mau naik pangkat?? Amalkan Surah Al-Fatihah..

As Salam..
Ni nak share kelebihan surah Al-Fatihah..


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." 
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

kita sll baca al fatihah utk sedekahkan pd roh org yg dah tiada...tp sebenarnya...surah al-fatihah tu...juga blh dibaca utk disedekahkan pd roh kita sendiri dan juga roh org yg masih hidup...

surah al- fatihah baik utk lembutkan hati seseorg...utk m'hilangkan ketakutan...utk ketenangan dlm menghadapi ujian Allah swt...dgn syarat...mestilah dibaca dlm bilangan ganjil..seperti 3 kali. 5 kali dan 7 kali serta disedekah pd roh kita atau roh org yg kita inginkan...

1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:
a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.

11. Menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun) - Memandang bulan, Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini.."Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali, Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali.. "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan"

12. Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali.."Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu" Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali.."Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu"

P/S: 
Utk ikat hati org supaya sygkan kita dibismillah 7x 1 nafas n niat dlm ht then bc lg 7x 1 nafas n niat yg sama then 7x 1 nafas n bc fatihah...... bc bissmillah 21x n fatihah

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"


1 comment:

  1. surah pendek tp power...aku amalkan Al Mathurat, alhamdulilah, mudah perjalanan hidup

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers