Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Monday 3 September 2012

FeLV oh FeLV..sadisnya kamu..

As salam....

Hari Isnin...parah...ada 2 staff je dlm department aku, boss outstation, ada yg yg cuti anak kene demam campak...elok la tu..aku pon mood ala2 suam2 kuku je hari nie..kejap lagi ada acara mkn2..jamuan hari raya katanya..hhmm...whatever la kan.....

Smlm..ada sesi lepak2 dgn a few geng kucing...hmmm..sedih..sorg kawan nie...satu furkids nya confirm FeLV positif, yg merisaukannya, baru je dpt tau sedangkan budak tu mmg free roaming dlm umah dan bercampur dgn furkids yg lain..hadoiii...mana mamanya tak risau, risiko berjangkit pasti ada...
Smlm pon ckp pasal ni, matanya dah berair2, udah nangis, mengenangkan nasib furkids nya yang lain..9 ekor ko..mana x risau...!!
Sbg seorg yg ada furkids ramai..aku sangat2 memahami kebimbangan dia, buat masa nih, mmg xde apa2 words pon yg mampu menenangkan dia selagi kesemuanya belum dibuat blood test..Tabah ya kawan, mudah2an yg lain2 dilindungi Allah, terpelihara dari jangkitan virus tu walaupun hakikatnya kita tau benda tu mmg easily contagious..jgn putus harap, apa2 tunggu keputusan dari vet..

Sedikit info pasal FeLV, virus ni spesis specific so x berjangkit pada manusia atau pet lain cthnya anjing, infact kalau x silap xde penyakit yg sepertinya utk canine group pun.

Kucing yg dijangkiti FeLV itu sendiri sebenarnya merupakan sumber infeksi utk kucing2 yg lain (sbb tu la jadi sgt membimbangkan bila dia free roaming dlm umah dgn furkids lain). Virus boleh dipindah mll air liur, jadinya secara x langsung food & water bowl dia yg dikongsi tu dah jadik agen penyebar virus (katanya rare tp aku rasa risiko ttp ada). Itu termasuk kalau ada gigitan2 atau sesi grooming sesama furkids tu dan juga melalui susu bila kitten menyusu pada mama cat. Infact kitten boleh dilahirkan siap ada virus ni dalam badan akibat infeksi sejak dlm utero lagi..sadis!!

Litter tray juga x terkecuali..kadang2 kita kata kita dah asingkan litter tray depa nih..tapi tanpa kita sedar, kita guna litter scoop ataupun berus yg sama setiap kali kita cuci litter tray tuh..iye...ko kata ko dah dettol clorox bagai tapi adakah ko dah bersihkan thoroughly, x tinggal walau seinci pon? are you sure..? Hhhmm...risiko ttp ada..so masih risau!! Ada yg kata mereka jemur barang2 furkids tp kajian mengatakan dlm keadaan kering virus ni ttp mampu bertahan utk 2 jam tp kalau keadaan basah, cthnya dlm littertray, lagi parah sbb tahan 2 hari ie 48 jam :(

Source: cat-chitchat

6 peringkat infeksi apabila furkid dah dijangkiti virus nie...
  • Stage 1: Kucing dijangkiti virus. Virus akan ,menginfeksi sel terutama sel darah putih ( limfosit B dan makrofaj). Sel ini akan di filter di lymph node, instead of  being phagocytosis, virus ni akan bereplikasi dgn banyaknya disini.
  • Stage 2: Virus mula memasuki aliran darah dah tersebar ke seluruh bahagian badan kucing
  • Stage 3: Sistem limfa kucing akan dijangkiti secara keseluruhan, virus akan makin tersebar (selalunya, sistem limfa berfungsi utk menghasilkan antibodi utk melawan infeksi )
  • Stage4: Viremia (Virus dlm darah), sistem limfa dan usus mula terjejas.
  • Stage 5: Sumsum tulang mula dijangkiti dan kucing akan mempunyai virus ini sepanjang hidupnya, virus akan bereplikasi memperbanyakkan jumlahnya di dalam sel darah putih (sel darah p;utih yg sepatutnya jadik agen melawan penyakit dah jadi wad bersalin virus)
  • Stage 6: Virus makin merebak dan mula utk take over sel2 yg lain (selain sel darah putih) utk bereplikasi. 
Kita x boleh amik mudah benda ni walaupun vaksin utk FeLV wujud..sbbnya masih belum ada vaksin yg mampu memberi perlindungan 100% terhadap virus ni so far...maknanya vaksin yg ada tu beri perlindungan tp tak sepenuhnya, x definite, mungkin mampu megurangkan risiko dijangkiti sahaja, hhmm..

2 link utk bacaan lanjutan yg aku rasa sgt bagus dan mudah utk difahami:

P/S: Aku x pernah salahkan owner kalau didapati furkids nya ada penyakit2 berat mcm FeLV atau FIV, kalau kita tau, mesti kita dah amik precautions awal2 kan..tindakan owner membawa furkids ke vet bila ada tanda2 lain mcm, seperti ada yg x kene itu juga boleh dipuji, yaa..mmgla kucing tu sakit tp daripada takde effort apa2 utk ke vet..tiba2 kucing tu mati tak semena2 tanpa tau apa sebab musababnya..lagi x guna kan..apapun, jadikla owner yg peka..bukan owner yg pekak (buta tuli dan sewaktu dgnnya)

Utk sahabatku itu (u know who u are), be strong ya, doa kami sekeluarga utk furkids ko yg 9 ekor tu..yg dah disahkan sakit tu..biar le vet kata tinggal 3 bulan ke hape, mmg dia berckp berdasarkan fakta, apa yg dia pelajari, mmg sahih mengikut bukti dan kajian2...tp apapun, sedapat2 umurnya kita bela dia dgn penuh kasih sayang, biarla Allah yg tentukan dimana titik akhir pertemuan kita dgn furkid kita tu ..kan...Mudah2an dipermudahkan urusan kalian dan baik2 aje semuanya, Insyaallah..amenn..ameen...


1 comment:

  1. isk..takut lak nak hadapi kenyataan nak hantar sekor lg gi check..takut ade felv jugak..huhuu

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers