As Salam...
Hari ni..nak kongsi...lagu peberet..hhmm..peberet la sangat..dari satu drama korea kat channel ONE HD (Astro 393) dulu..YOU DONT KNOW WOMEN..hari2 kol 3.40..ini la yang gadapnya depan TV..dengan Betty skali layan cite ni...sangat best..
Citer pasal seorang surirumah..lama kawin x dpt anak..dpt mertua plak yg jenis hawau..suami tolol lagi curang, buntingkan wanita lain dan menceraikan isterinya..tanpa diketahui yg si isteri juga telah pregnant. Kerana terlalu kecewa, dia hampir bunuh diri..tp berjaya diselamatkan seorang jejakan kacak...siapakah dia..jeng..jeng...jeng..
Kehamilan tu dirahsiakan sampai anak dah berumur 5-6 thn gitu..sang suami ni kawin la ngan kekasih hati yang dah bunting tu..mertua hawau pon happy..konon nak dpt cucu..dibusuk2kan menantu lama yang kononnya mandul dan hanya mengabih boreh sajork...tanpa depa sedar yang si isteri baru pujaan ramai ni sebenarnya ada sejarah hitam lagi hangit..
Si isteri baru keguguran..kesan daripada rahim yang tidak sihat akibat perbuatan menggugurkan anak beberapa kali pada zaman mudanya dulu..demi menutup kesalahan dan kelemahan diri..ditambah dengan sifat hasad dengki terhadap isteri lama..isteri baru buatla macam2 helah tipu daya..tp cam biasa..perbuatan jahat mana leh lama2..tuhan bayar cash la ni..kekasih lama si isteri baru muncul..makin porak peranda huru hara la hidupnya..demi menutup mulut kekasih lama..penyelewengan ke atas duit syarikat suami tolol dilakukan, akhirnya suami tolol itu bankrupt..syarikat hilang..rumah ibu bapanya turut tergadai..akhirnya isteri baru diceraikan juga setelah rahsia hubungan lamanya terbongkar...
Org baik mesti balasan baik kan..si isteri lama membesarkan anak..bekerja..akhirnya temu jodoh dgn seorang pemuda hensem lagi kaya raya..oohh..rupanya inilah jejaka yang selamatkan dia daripada bunuh diri dulu..love at first sight si jejakan kacak rupanya..siap dapat anak baru lagi..walaupun disahkan mengidap kanser semasa mengandung anak kedua..dia tabah mengharunginya..memulakan rawatan selepas dia selamat bersalin..hak penjagaan anak dengan suami dulunya yg tolol itu juga berpihak padanya..happy ending la...
OST YOU DONT KNOW WOMAN BY CY
Seboleh2nya x miss tengok hari2 kol 3.40..ni la ngadapnya depan TV...tp skrg dah lama abis dah..
Heyy..suka giler aku ngan channel ONE HD tu!! suka!! suka!!
Kalau Betty chenta dgn kipasnya...
Mamabetty chenta dengan TVnya..
P/S: Life kita juga drama ...kan...
Jadi.. Mama peluk la TV tu.. tak payah peluk itu lobert tham..hahaha
ReplyDeleteHAHAHAHHA..hampeh ko cah!! hahhaha
ReplyDelete