Assalammualaikum..
Aku masih belum mampu meluahkan perasaan marah..rasa kosong...ala2 blur pon ada..sbb x pernah jumpa manusia (err...bleh dikategorikan manusia ke?) yg serupa ini perangainya..apa yg jatuh hanya air mata..
hari ni aku cuma nak berkongsi link2 utk korg baca dan luahan harti seorang rescuer..
Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim...
Isnin lepas..perbicaaraan kes kekejaman PETKNODE telah dibuat di Mahkamah Majistret PJ pda pukul 2.30pm..tp tangguh plak ke Selasa (keesokkan harinya) sbb Tuan majistret amik EL (apa sengih2..ko ingat incik majistret x leh amik EL ke...hekhek)..
pada siapa yg terlupa, buat2 lupa, hilang ingatan, short term memory loss dan sebagainya..leh la merujuk kepada link2 yg dibawah ini utk refresh ingatan2 korang yg dah karat pasal PETHELL ni..
http://mamabettys.blogspot.com/2011/09/petknode-pethell-pt-1.html#links
http://mamabettys.blogspot.com/2011/09/petknode-pethell-pt2.html#links
http://mamabettys.blogspot.com/2011/09/petknode-pethell-pt3.html#links
http://mamabettys.blogspot.com/2011/09/petknode-owner-wanted.html#links
Link utk berita perbicaraan smlm..sila click gambar utk baca berita..
Luahan Hati Rescuer Terlibat... (aku rasa semua org perlu tau baca ini)
"Terdahulu peguam Syariful Nizam Shahruddin yang mewakili
Shahrul Azuan dan Yushairi menjelaskan kepada mahkamah apa yang berlaku
merupakan pengabaian kerana tidak memberikan makanan dan minuman kepada
kucing-kucing tersebut, bukan kezaliman." - PETIKAN DARI MSTAR ONLINE
PENGABAIAN
& BUKAN KEZALIMAN..ANDA DPT TERIMA STATEMENT NI???SEMINGGU SEBELUM
TARIKH PERBICARAAN KES KEKEJAMAN PETKNODE BOARDING CENTRE, HATI SAYA
BERASA GUSAR. GUSAR KERANA MEMIKIRKAN 1 LAGI KES KEKEJAMAN HAIWAN YANG
AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH TETAPI HUKUMANNYA PASTI HANYA DENDA MAKSIMUM
RM200 ATAU PENJARA 6 BULAN ATAU KEDUA2NYA SEKALI. AKTA HAIWAN 1953
MEMANG LANGSUNG TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI LAGI. ADAKAH NYAWA SEEKOR
KUCING/ANJING ATAU HAIWAN LAIN BERNILAI RM200??? BIL2 RUMAH SAYA YANG
DIBAYAR SETIAP BULAN PUN LEBIH DARI ITU!
BUKAN KITA MAU MENILAIKAN
HARGA NYAWA SEEKOR HAIWAN TETAPI APABILA DENDA HANYA RM200, MAKIN
BYKLAH BERLAKU KEKEJAMAN HAIWAN DI MALAYSIA KRN SAYA PERCAYA BUDAK
SEKOLAH PUN MAMPU UTK BAYAR DENDA TU!BERBLK KEPADA PERBICARAAN KES
PETKNODE PADA 12 JUNE 2012, UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, MEREKA TELAH
MENUKAR PENGAKUAN DARI TIDAK BERSALAH KEPADA BERSALAH, 5 HARI SEBELUM
PERBICARAAN DIJALANKAN. SAYA ADA DI DLM COURT ROOM SEMASA PERTUDUHAN
DIBACAKAN KEPADA MEREKA. SIKIT PUN TAKDE RASA SESALAN DI MUKA MEREKA.
MUKA RELAX HABIS. SAYA PLAK 2-3 KALI BERGENANG AIRMATA BILA PERTUDUHAN
DIBACAKAN SBB TERINGAT PERISTIWA 4 SEPT 2011 & BETAPA SUSAHNYA NAK
MEMBELA NASIB HAIWAN YANG TERANIAYA DI MALAYSIA NI. HANYA 7 ORG SAJA
DARI PIHAK KAMI YG BERPELUANG MASUK KE DLM COURT ROOM SMLM DSBBKAN TMPT
YANG TERHAD & 7 ORG NI HAMPIR PITAM BILA SMUA FAKTA DIPUTARBELITKAN
OLEH LAWYER MEREKA.
SALAH SATU FAKTA YG
DIBELITKAN OLEH MEREKA & LAWYER MEREKA ADALAH:"TIDAK ADA SEEKOR PN
KUCING YG DITEMUI MATI SEMASA PREMIS DIPECAHKAN. KUCING2 ITU MATI
SELEPAS DIPULANGKAN KE TUAN MASING2 & PETKNODE TIDAK BLH
DIPERSALAHKAN SEPENUHNYA DLM HAL ITU"
APA
PERASAAN ANDA? SAYA BERADA DI TMPT KEJADIAN & MELIHAT DGN MATA
KEPALA SAYA SENDIRI KUCING2 ITU MATI DLM KEADAAN YG SGT MNYEDIHKAN.
PADA HARI KEJADIAN, SAYA JUGA YG MEMINTA SEORG VOLUNTEER LELAKI
MENYIMPAN 3 EKOR KUCING YG MATI DI DLM FRIDGE SEMENTARA MENUNGGU
TUANNYA DTG. SAYA SENDIRI YG BAWA TUAN KUCING ITU KE FRIDGE UTK MEMBUAT
PENGESAHAN ADAKAH KUCING YG MATI ITU ADALAH KUCING DIA. SAYA JUGALAH
YANG TELAH MENGAMBIL NAMA, I.C & NO TEL TUAN KUCING2 MALANG ITU DAN
MENASIHATI BELIAU UNTUK MENDAPATKAN LAPORAN BEDAH SIASAT DARI VETERINAR.
SELAIN
3 EKOR KUCING YG MATI DI DPN SAYA, ADA LAGI 5 EKOR ANAK KUCING YG MATI.
4 EKOR MATI DI DLM PREMIS & BADANNYA MELEKAT DI ATAS LANTAI, SEEKOR
MATI DI DLM CAGE & BADANNYA MELEKAT DI BESI CAGE. DAPATKAN ANDA
BYGKAN BETAPA SEBAK & HANCURNYA HATI KAMI APABILA 8 EKOR KUCING YG
TAK BERDOSA INI MATI DI DALAM TGN PETKNODE DAN MEREKA MENAFIKANNYA DI
DALAM COURT ROOM? INI YANG 8 EKOR, ADA BEBERAPA EKOR LAGI MATI APABILA
SAMPAI DI RUMAH TUAN MASING2 MENJADIKAN JUMLAH KESEMUANYA BERBELAS EKOR
YANG MATI AKIBAT KETAHANAN BADAN YG SEMAKIN LEMAH KERANA TIDAK DIBERI
MAKAN & MINUM DALAM TEMPOH MASA YG LAMA, DAN JUGA VIRUS YG
DIPEROLEHI DARI PETKNODE. ADAKAH INI YANG DIKATAKAN PENGABAIAN &
BUKAN KEZALIMAN? TAPI DI MANA HAK KAMI UNTUK BERSUARA? DI MANA HAK KAMI
UNTUK MEMBELA NASIB KUCING2 YANG DISEKSA KEJAM INI?
KAMI BUNTU
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KEADILAN BAGI KUCING2 COMEL YG TAK BERSALAH
INI. KUCING2 INI TIDAK BOLEH BERCAKAP, JADI KAMILAH YANG MENJADI SUARA
MEREKA, KAMILAH IBUBAPA MEREKA, KAMILAH YANG INGIN MENUNTUT KEADILAN
BUAT MEREKA BIARPUN KEBANYAKAN PEMILIK KUCING TIDAK MAHU MEMBERI
KERJASAMA SEWAJARNYA SEPANJANG KES INI BERJALAN. DARI 60 PEMILIK
KUCING, HANYA 10 ORANG SAJA YG BENAR2 MAHU MENUNTUT KEADILAN BAGI SI
COMEL MEREKA. BUKAN DUIT YANG DIPERSOALKAN DI SINI TETAPI TEMPOH
PENYEKSAAN & TRAUMA YANG DILALUI OLEH KUCING2 YANG TERLIBAT MESTI
DITUNTUT BELA. MAAF, HANYA INI YANG MAMPU SAYA CERITAKAN SETAKAT INI
KERANA HUKUMAN BELUM LAGI DIJATUHKAN & SAYA TIDAK MAHU MENGGANGGU
PROSES MAHKAMAH. INSYAALLAH, SELEPAS KES INI SELESAI, SAYA AKAN
MENCERITAKAN SEMUA FAKTA YANG DIPUTARBELITKAN OLEH MEREKA DI
MAHKAMAH.
SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PENCINTA HAIWAN, PEMILIK HAIWAN,
VOLUNTEERS, RESCUERS DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BENAR2 MAHUKAN
KEADILAN UNTUK KUCING2 YANG DISEKSA KEJAM DALAM KES NI SUPAYA DATANG
MEMBERI SOKONGAN PADA 28HB JUN 2012, PUKUL 9 PAGI BERTEMPAT DI MAHKAMAH
MAJISTRET PETALING JAYA.INI ANTARA KES KEKEJAMAN HAIWAN TERBESAR DI
MALAYSIA & ADAKAH ANDA HANYA MEMILIH UNTUK DUDUK DI DPN
PC/LAPTOP/iPAD UNTUK MEMBELA NASIB MEREKA? LUANGKANLAH MASA ANDA
BEBERAPA JAM UNTUK MEMBERI SOKONGAN DI MAHKAMAH NANTI KERANA DENGAN
BEBERAPA JAM ITU ANDA MUNGKIN BOLEH MENGUBAH NASIB HAIWAN2 DI MALAYSIA
PADA MASA HADAPAN.KEPADA 2 IBLIS PETKNODE, TIPULAH SELAGI KAMU BLH
TIPU. MGKN KAMU LUPA ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA MELIHAT. MUNGKIN
KAMU JUGA LUPA KUCING2 YG MATI ITU BLH BERCAKAP DI SANA NANTI. MUKA
KAMU JELAS MENUNJUKKAN YG KAMU LGSG TIDAK ADA RASA BERSALAH DLM KES NI.
SAYA MEMERHATIKAN KAMU SEPANJANG PERBICARAAN SMLM. KAMU & AHLI
KELUARGA KAMU SGT BONGKAK & MENJELING KAMI. SALAH SEORG AHLI
KELUARGA KAMU JUGA TELAH BERLAKU KURANG AJAR PADA KAWAN SAYA KERANA
MENGAMBIL GAMBAR KAMU. AHLI2 KELUARGA KAMU YG LAIN JUGA TELAH MENOLAK
SEMUA MEDIA YANG MENGAMBIL GAMBAR. TAPI TAKPE. SIKITPUN SEMANGAT KAMI
TAK TERCALAR DALAM PERJUANGAN INI. MACAMMANA PUN KAMU SAKITI HATI KAMI,
TAKKAN SAMA DENGAN PENDERITAAN & TRAUMA YANG DIALAMI OLEH KUCING2
COMEL YANG DISEKSA KEJAM OLEH KAMU! TAKKAN SAMA DENGAN NYAWA KUCING2
YANG DIRAGUT KEJAM OLEH KAMU! HANYA KERANA MEREKA MAKHLUK YG LEMAH
& TIDAK BOLEH BERCAKAP, KAMU ANIAYA MEREKA SESUKA HATI KAMU.
PERASAAN
MARAH & DENDAM ATAS APA YG KAMU LAKUKAN PADA KUCING2 ITU AKAN SAYA
SIMPAN SEHINGGA NAFAS SAYA YG TERAKHIR. SAYA DAN RAKAN2 YANG LAIN TELAH
BERSUMPAH TIDAK AKAN MEMAAFKAN PERBUATAN KAMU KERANA KAMI SEMUA JUGA
TELAH MENGALAMI TRAUMA YANG TERUK DARI KEJADIAN 4 SEPT 2011. DI SINI
SAYA SERTAKAN BUKTI GAMBAR2 KUCING YANG MATI SEMASA PREMIS PETKNODE
DIPECAHKAN. ANDA NILAIKAN SENDIRI. KALAU HATI DAH HITAM, DALAM MAHKAMAH
PUN BOLEH MENIPU.
KEPADA MANGSA2 PETKNODE YANG TELAH
PERGI MENINGGALKAN KITA, DAMAILAH KAMU SEMUA DI SANA SAYANG, DI SISI
PENCIPTA YANG MAHA AGUNG..
Ko tgk...ko tgk...keluar court..muka atak sunyummm...kepala hotak dia!!! Errkk..astaghfirullahalzaim...astaghfirullahalazim...
P/S: Nanti aku post pic masa 2 hari di court plak yea..mmg sakit hati..sakit mata..sakit jiwa tgk depa 2 ekor ni..family members nya juga sama..aku x kata kita xleh defend family kita tp kalau dah terang2an bersalah + menipu..sbg org yg lebih tua/lebih dekat..serba sedikit perlu la ada rasa tanggungjawab sikit kerana 'kekhilafan' family kita tu....ini tak...senario di mahkamah seolah2 owner2 & rescuer plak yg salah..so now we know where all the bad and spoiled genes came from eh....tskk..tskk..
Lappy masih belum ok..Big Boss..belikan la saya lappy baru..lagipun Malaysia Big Sale dah nak start ESOK..hekhekhek
semoga dorang dapat balasan setimpal !
ReplyDelete