As Salam...
Aku ingin berkongsi apa yg aku baca dari blog Ameno World...aku copy paste bulat2..xde unsur2 tambah2 penambah perisa hoccay...sbb pendapat aku juga seperti apa yg dipaparkan disini..
Ada beberapa kawan menegur..tak kurang yg suruh aku kembali ke pangkal jalan...ya Allah...serious lawak...kalau ko ada pendirian..begitu juga aku...kalau ko boleh bercakap..tentu sekali aku pon begitu...
Kenapa Peguam PR Pertahankan Maznah? Baca Ini Dulu.
Ini
yang aku suka pada PKR. Walaupun aku bukan ahli PKR tetapi antara yang
membuatkan aku suka kepada PKR inila sebabnya. Mereka sangat terbuka
untuk memahami situasi berbanding meletakkan hukuman seperti sesetengah
orang.
Ada beberapa perkara yang aku tak suka pada PKR tetapi ia diselamatkan dengan beberapa perkara yang aku suka dalam PKR pula.
Semalam
ada terbaca salah seorang UMNO yang update di wall facebook bahawa
peguam PAS membela Maznah, individu yang terlibat dalam kontroversi
video berhari raya bersama anjing. Video tersebut dikatakan menghina
Islam. Aku tak sure betul ke tidak peguam PAS turut sama membela Maznah
dalam pertuduhan tersebut, tetapi kalau betul ia bukan perkara yang
salah pun.
Sebenarnya
aku taknak beratkan diri untuk bincang isu neh beria2. Sebab banyak
lagi isu lain yang lebih penting untuk kita focuskan ketika ini. TPPA
antara perkara yang sangat2 memerlukan perhatian dari orang ramai tetapi
respon yang diterima sangat2 mengecewakan. Aku dah tulis beberapa kali,
juga dah sebarkan apa itu TPPA dan kenapa kita kena bantah tetapi
respon dari pengguna internet tak semeriah respon yang diterima dalam
kes Maznah.
Ia
memberikan gambaran kepada aku. Isu remeh temeh lebih layak
dibincangkan berbanding isu yang boleh menjejaskan kehidupan kita secara
langsung.
Maznah
tidak melakukan penghinaan terhadap Islam. Cacian, makian dan hinaan ke
atas dia tidak patut berlaku. Mengatakan dia anjing, meletakkan dia di
neraka, melabelkan dia dengan pelbagai gelaran dan mengejek rupa serta
penampilan dia tidak patut dilakukan oleh mana2 pejuang Islam yang mahu
mempertahankan Islam itu sendiri atas apa2 alasan sekalipun.
Pengkid? Ko kenal dia? Ko tahu fitrah dia? Ko tahu masalah dan keadaan fizikal dia?
Kalau tatau, jangan berlebih2an sangat.
Aku
ulang balik. Sebelum video itu menjadi kecoh dan kontroversi politik di
negara neh, aku dah tengok. Pendapat pertama aku selepas tengok video
tersebut aku katakan dengan jelas dan terus terang dia tidak menghina
Islam.
Apa sebenarnya yang aku nampak?
1.
Takbir raya = menunjukkan suasana hari raya = scene bawa anjing pergi
jalan2 ialah scene yang bawa anjing dia pergi jalan2 jek.. siapa kata ia
semestinya hari raya pertama? Siapa kata ia semestinya di pagi raya?
Korang sendiri yang anggap begitu. Siapa kata bawa anjing pergi jalan2
dengan selingan takbir raya ialah merupakan satu penghinaan? Korang juga
yang kata sebab korang anggap begitu.
2.
Dia basuh kaki anjing dia. Korang kata dia amek wudhu. Kenapa tidak dia
basuh kaki anjing2 dia selepas bawa jalan2 sebab anjing dia tak pakai
kasut? Dan andaikata dia benar2 mewudhukan anjing2 dia sekalipun apa
masalahnya? Allah cipta anjing sama seperti Allah cipta manusia. Anjing
tak dilahirkan di dunia ini dengan sendiri, dia terjadi kerana Allah
yang menciptakan mereka. Semua yang Allah cipta ada sebab. Tapi tak
pernah Allah meletakkan 'MENGHINA' antara sebab2 yang perlu kita fahami,
apatah lagi buat.
3.
Dia bagi anjing dia makan biskut raya, korang kata dia hina perayaan
hari raya. Kenapa pula anjing makan biskut merupakan satu penghinaan?
Anjing dia anjing yang terlatih. Dia jurulatih anjing. Dia bagi arahan
anjing dia makan.
4.
Dia kutip anjing2 jalanan, jaga bagi elok, bersihkan mereka, rawat
penyakit depa dan jaga secara berkala. Berapa ramai di antara korang
yang sanggup bagi anjing jalanan makan dan bersihkan mereka? Usah kata
anjing, kucing jalanan yang penuh kurap tue pun ada yang geli gamaknya.
5.
Anjing2 jalanan daripada terbiar yang mungkin memudaratkan, adalah
lebih elok dijaga secara berkala. Sekurang2nya ia tak akan merosakkan
persekitaran awam dan menakutkan orang ramai. Hutan dah takde. Gondol
sana sini. Habitat dorang korang rampas. Bila ada orang prihatin korang
marah.
6.
Berdasarkan situasi dia, seseorang muslim dan melayu yang menjaga dan
melatih anjing, seseorang yang sentiasa dikelilingi anjing, mungkin ia
mengundang persepsi serong terhadap diri dia.
7.
Jadi dia buat la video ikhlas, untuk mengubah stigma masyarakat. Dia
berhari raya. Sesetengah orang rasa jijik dengan anjing tetapi anjing
tak la sejijik yang digambarkan jika kita jaga kebersihan anjing2
tersebut secara berkala. Ini yang aku nampak pada kali pertama melihat
video tersebut. Tiada reaksi negatif kerana aku percaya itu sebenarnya
yang dia mahu sampaikan. Sebab itu di akhir video dia letak ucapan ini
==>
"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna, asal- usul"
Maznah
mungkin mahu memecahkan tembok diskriminasi. Dalam kes neh mungkin dia
beranggapan bahawa kewujudan anjing telah disalahanggap oleh sesetengah
pihak.
Sebab
itu Maznah tegaskan bahawa dia tidak hina Islam dan tidak pernah ada
niat mahu melakukan hal tersebut. Video dia telah di tafsir secara salah
dan dijadikan modal politik untuk meraih sokongan dan simpati dari
pihak2 tertentu agar mereka dapat ditonjolkan as juara bagi membela
agama padahal ianya takde apa isu pun.
Ada
orang kata bunuh anjing dapat pahala. Ada orang kata bunuh anjing sebab
Nabi SAW suruh. Bahkan ada orang nak bunuh Maznah. Setakat penghinaan
dan cercaan yang dia terima di ruangan online neh toksah cakap la.
Bersepah.
Aku
tak pernah tahu bunuh anjing boleh dapat pahala. Yang mengenai hadis
Nabi SAW tue setahu aku bunuh anjing yang mempunyai wabak penyakit.
Anjing secara fizikalnya boleh dipegang tetapi bukan air liur dia sebab
ia dikhuatiri tidak bersih. Isu2 yang berkaitan anjing adalah mengenai
kebersihan. Bukan kerana anjing itu sendiri. Tolong faham betul2. Sebab
itu ada 4 mahzab yang memberikan pendapat yang berbeza2 mengenai anjing.
Dan
tolong juga faham betul2. Mahzab ialah pemudah cara untuk kita memahami
Islam bukan penganti kepada Alquran dan Islam itu sendiri. Tolenrasi
dan perbezaan yang wujud dalam keempat2 mahzab tersebut kita raikan
dengan matang bukan menekan dan mendesak orang lain bagi memahami
sepertimana yang kita mahu faham.
Jika
perbuatan dia di anggap membela anjing, maka ia memang baik daripada
anjing2 tersebut dibiarkan lepas tanpa tuan. Sekurang2nya anjing
tersebut boleh la dia gunakan untuk berlatih dan ujikaji sebab dia ialah
jurulatih anjing. Jurulatih anjing memang sinonim dekat dengan anjing
bagi memahami fitrah mereka.
Jika ada keperluan untuk menegur dia maka tegurla kerana aurat. Itupun setelah kita memahami keadaan dia.
Tiada keperluan untuk kita meletakkan hukuman apatah lagi dia sudah menafikan tuduhan2 yang terbit ke atas batang tubuhnya.
Kita
bukan tuhan. Islam bukan penghukum. Allah tak pernah desak kita untuk
menjadi penghukum. Anjuran pertama adalah tegur yang kemudian disusuli
dengan dakwah serta didik. Jangan letakkan tali gantung depan seseorang
hanya kerana ko tak boleh terima cara dia.
Melihat
isu neh, aku menjadi sangat bersyukur. Perkara ini terbit dalam diri
aku selepas memerhatikan perkara ini. Aku bersyukur dilahirkan sebagai
muslim meskipun ia sekadar muslim keturunan. Sekurang2nya aku boleh
paksa diri aku untuk kenal apa itu Islam. Bayangkan saja jika Allah
takdirkan aku lahir sebagai seseorang yang non muslim? Aku percaya diri
aku takan mendekati Islam sampai mati setelah melihat perlakuan dan
sikap pejuang2 Islam di negara neh. Melihat sikap mereka ia menakutkan
aku sebagai penganut Islam sekalipun. Dan jika aku bukan orang islam,
pasti aku lebih takut lagi.
Fikirkan.
Ini pula antara komen2 yg membuatkan aku tersengih sendiri...bab babi dan anjing sensitif yg amat..bab org islam nak masuk ratu cantik..bab org islam mabuk2...langgan GRO..judi..boleh plak ek..tu belum dressing melampau artis bila ada award2 tu...
"Betul. Kebanyakannya yang konon nak bela agama Islam, rata-rata
mempunyai kedangkalan ilmu Islam yang cetek. Amar Makruf Nahi Munkar ada
caranya, bukan melontarkan api kemarahan: mencarut, keji orang lain.
Mereka lupa bahawa Rasulullah SAW menekankan bab akhlak. Caci maki,
kejian bukan dari akhlak Rasulullah SAW. Bangga mempertahankan Islam
dengan cara yang salah, akhirnya perbuatan tersebut tidak dipandang
Allah SWT. Wallahu'alam."
" Video pcl anjing je ramai2 pakat kuaq nk tunjuk alim2 kucing.... time
laki pompuan bkn mahram berpeluk bpgngn tgn korg pejam mata plak...?
Awat pgng tgn dgn bkn mahram tu bkn hina islam ke...? Hina jugak kan sbb
sje mlnggar hukum allah terang2an...."
" Salam.. benda ni pun kecoh lebih2.. ni sy nak crta, kwn2 sy yg alim2
bertudung labuh nmpk sopan,solat terjaga,pergaulan dibataskn, semua x
melatah pun bila tgk video ni, even sy sndiri, sbb mereka xda rs pun
video ni menghina Islam.. tny la kwn2 anda yg menjadikan masjid rmh
kedua mereka, sbb sy yakin pemikiran mrka terbuka melihat video ni n rs
ianya x slh..mgkn sensitivity sesuatu kaum je yg t'lbh ckit.. walhal dlm
Islam sy rs ia x menghina pun.. ni la akibatnya apabila semua nak jd
ustaz ekspress.. :) "
P/S: kalau salah dia sekali pon...kenapa teguran secara kasar caci maki label melabel yg di ucapkan..konon nak tegur perlakuan salah..so ko ingat boleh ker nak guna ayat2 kesat lagi kasar...Islam ajar ko gitu ka? Apa pon pilihan chetz...baik buruk..biar Allah yg nilai...sape ko nak ckp org tu org ni masuk neraka..ko sendiri belum tentu masuk syurga...nak tegur silalah berhemah..ni ostat pon ngamuk2 apa cerita??
aku agree dgn ko..200% , ana.
ReplyDelete