Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Geng Betty

Thursday, 11 September 2014

Isu anjing kembali...

As Salam..

Mendi ni dpt dr FB..lama dah...pastu tiba2 hot kembali sbb ada pic pasal perempuan bertudung amik pic dengan husky....x abis2 la kisah anjing nie..apa deme ni xde keje lain ke..tu haa...judi...arak...disco...GRO...lagi berfaedah dipikir2kan..suka nak perbesarkan isu ranting sedangkan perkara pokok dibiar aje..apa daaa....

So aku copy paste dan tepek kat dlm blog...ini bukan isu nak menegakkan benang basah atau menghalalkan yg haram..so sblm kluarkan ayat2 kasar, carut marut, keji lagi mencerca...sila at least paham beza antara najis dan haram..sbb ada yg amik sauk pukul rata harammmmm je semua..ntah kitab mana dia refer pon tatau...serta study juga scholar2 lain selain imam Syafie...ingat...kita ada 4 mazhab tau...so jgn suka suki labelkan org sebagai kafir atau murtad kalau dia x berperangai atau x sehaluan pendapat dengan korg..kan...Pendek kata kalau kail panjang sejengka, jgn lautan hendak diduga..kalau nak berdebat pastikan ilmu penuh didada..kalau ilmu sekempet je mcm puding kastard dlm cream puff..x payah la...kan...gituh...Aku sendiri bukan org pandai, tp sbb nak memahami satu2 perkara, tebal2kan muka jugalah bertanya2 dgn yg tau..sesambil google apa yg perlu...x dpt penuh at least dptla brief idea apa ke hal semuanya ni...xde la bodo2 mengangguk pastu 'like' je semua keyboard2 warrior punya komen2 bangang kannn..

Translation tulisan jawi dibawah gambar:

"Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud"


Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :

Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Bagi Hj Nik Abdullah, kesemua pandagan yang mewakili setiap mazhab empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali boleh diamalkan oleh orang ramai, walaupun dengan cara 'talfik' (campur aduk) di antara satu sama lain. Cuma apa yang beliau ingatkan ialah agar amalan mereka tidak terkeluar daripada lingkungan mazhab empat itu. Menurut beliau, perbezaan pendapat di antara ulama-ulama mujtahid mutlak itu hanya berasaskan daya ijtihad masing-masing berpandukan Al-Qur'an dan AL-Hadith . Tambahan pula, tiap-tiap Imam yang mengasaskan mazhab mereka masing-masing itu tidak menyalahkan pandangan-pandangan yang berbeza di antara mereka, dan tidak pula mewajibkan orang-orang kemudian supaya mengikuti kesemua pandangan mereka masing-masing'.

Bapa Hj Nik Abdullah iaitu bekas Mufti Kelantan Hj Wan Musa, Haji Abas Taha yang merupakan Qadhi Besar Singapura dan tokoh besar PAS iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh Islam yang menyokong pendapat Hj Nik Abdullah.
By: Norhayati Kaprawi

satu lagi link yg menarik utk dibaca, rajin2la klik yea...:
http://ibnnajib.blogspot.com/2011/12/betulkah-anjing-dan-babi-haram-dipegang_29.html?m=1


2 comments:

  1. Saya dah lama baca mengenai hal ni. Memang kalau baca bercelaru kepala sebab lain-lain pendapat. Saya sukakan anjing dan saya masih belum ada keberanian membela (sebab kesian bila tgok anak2 anjing terbiar) kerana tidak mau dikutuk oleh rakan/jiran melayu walaupun saya yakin tentang pendapat mengenai islam dan anjing. Itulah dilema saya. Btw...saya peminat No. 1 blog ni. :-)

    Hayati Ghazali (Silent Reader)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Hayati...
      terima kasih kerana sudi singgah2 blog ni..sama la..pernah terdetik hati nak bela sekor..buat guard dog almaklum kawasan rumah agak jauh ke dalam dan sunyi, duduk berdua pulak aje plak tuh..tp itula...belum bersedia mental dan fizikal nak menghadapi dan explain pada org keliling yg lebih pandai mengata dari mencarik maklumat dan kebenaran slps tgk kejadian yg berlaku pd mereka yg bela walau bersebab...btw, keep on reading ya...daaa...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers