Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Thursday 15 May 2014

Anjing kene panah...pakcik Robin Hood???

As Salam...

Ni kisah dah bbrp hari lepas...kecoh pasal anjing cedera kene panah 2 kali dek orang dikawasan perumahan....aha..yea...dalam kawasan perumahan...bukan nya padang sasar panah kat Bkt Jalil atau dlm hutan ala2 Robin Hood....

 2 anak panah kene pada anjing ni..anjing ni berkolar...tak tau apa kisahnya...dibuang ker...terlepas ker...tp anjing ni x serang sape2...selepas di check oleh vet..anjing ni dah tua...senior dog..ada masalah penglihatan lagi...buta ke separa buta ke gitu2la...sbb tu anjing tu x bergerak dok diam situ jer walau selepas kene panah....kesiannya....walaupun anjing...kesian sgt...

"BRIANNA the Rottie is currently admitted at one of our regular veterinary clinics. Besides being partially blind and suffering from a bad hip problem, Brianna has anemia and the vet says her blood is as 'thin as water'. She also has severe tick fever and also tested positive for heartworm. Brianna is a very very sick dog and that's probably also why she could not move much. We will see her through this difficult period but going by her many ailments, its going to take some time before Brianna is able to leave the clinic if she manages to pull through this ordeal."

Anjing ni dah dibawa ke vet...di bagi nama Brianna...kehehehhe...anjing ni banyak na ticks nya...kesian...vet tamo boarding sbb takut jangkit..rasanya ada yg foster kejap...

Ini la katanya lelaki yang panah anjing ni...dia siap pegang pun bow ni...dikatakan anjing ni duduk depan pagar umah dia..so dia nak halau...tp kan...aku rasa anjing ko halau dengan pancut air ke..acah2 dgn penyapu ke..dah lari dah...x payah nak berpanah bagai...sebab ada cara lebih baik dah selamat...

Kebetulannya kawasan ni dekat dgn umah...so smlm kami pi sajer jenjalan kat tmpat kejadian...nampak gaya mcm kawasan majoriti Melayu..maafla ckp...melayu ni kan sgt obses dan sensitif bab anjing ni...sampaikan najis pon dikatanya haram....sbb ada mentaliti mcm tu...persepsi yg dah diterapkan dr kecik mcm tu...yg jadi kes mcm ni...Melayu dgn anjing mcm musuh sgt2...aku x sentuh pasal agama di sini...sbb Islam x pernah ajar penganutnya utk mendera atau menyakiti x kisahla manusia atau haiwan. kalau x suka, memadailah dgn halau supaya dia pi tempat lain...dunia ni bukan utk kita hidup sorg2..kita kene kongsi dgn makhluk lain...sbb setiap makhluk lain yg Allah ciptakan itu, ada fungsinya di dunia ni...

Ada juga yg marah2 kat FB, katanya jgn di fitnah pakcik Robin Hood ni, maybe kita tatau perkara sebenar...hhmm...iyelah....apa2pun polis dah pi umah pakcik ini utk di temubual/soal siasat...tapikan aku stil x agree la...sbb ada cara lain yg lebih baik nak halau anjing tu...dalam kes ni aku stil salahkan yg pihak manusia, x kisahla dia ni bangsa apa atau agamanya apa...sbb kita ni ada akal...so kita boleh berfikir mana yg baik dan buruk...motif dia jadik robin Hood mlm2 tu panah anjing, dia aja yg tipu...and mind you...manusia ada tendency utk menipu...esp kalau bab nak lepas tengkuk sendiri...kan...kan....boleh baca lanjut di link ini yea http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-vow-action-on-man-who-shot-arrows-at-dog

Satu lagi..anjing liur bagi setan..??? Iyer ke?? maafkan aku...aku maybe ilmu x tinggi mcm si pengkomen nie...ye ke?? *evil laugh*

 
 Haaa.....panahnya...tajam tuh! Kompom la sakit...cuba dia aku sajer2 panah...agak2 dia suka tak??          

Ni pulak aku copy paste respon dari presiden PERTAMA....

Tuan,


KENYATAAN MEDIA
KES SEORANG LELAKI MEMANAH SEEKOR ANJING DI SERI KEMBANGAN



Saya, Muhamad Akmal bin Mohamad Dahalan selaku Presiden Persatuan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA) dengan ini ingin membuat kenyataan rasmi berhubung kes seorang lelaki telah memanah seekor anjing di Seri Kembangan. Untuk makluman pihak tuan, lelaki yang telah memanah seekor anjing sehingga mendatangkan kecederaan kepada anjing tersebut BUKANLAH ahli berdaftar PERTAMA.

Tambahan lagi, berdasarkan kepada gambar yang dipaparkan, busur yang digunakan lelaki terbabit tidak menunjukkan ciri-ciri busur tradisional yang biasanya diguna pakai oleh ahli-ahli PERTAMA. Sehubungan itu, saya bagi pihak PERTAMA mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjenayah tersebut.

Kejadian ini amat memalukan dan merosakkan reputasi pemanah-pemanah di Malaysia kerana sukan memanah telah membentuk peradaban manusia sejak berkurun yang lalu dan berjaya mendisiplinkan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik. Tiada tercatat di dalam disiplin seorang pemanah untuk menyalahguna kemahiran memanah. Malah, manusia seharusnya menjadi pelindung dan pemelihara kepada kesejahteraan kehidupan di atas muka bumi ini.

PERTAMA mempunyai visi dan misi dalam menyatukan perpaduan para pemanah tradisional di peringkat tertinggi malah begitu komited dalam mendidik masyarakat tentang kebaikan yang diperolehi ketika memanah seperti membentuk fokus dan keyakinan diri. Nilai membangga diri dan menunjukkan keberanian secara tidak bertempat itu tidak sesekali diterapkan di dalam jiwa seorang pemanah yang sebenar. Kenyataan media ini tidaklah bermaksud pihak PERTAMA mempunyai apa-apa liabiliti ke atas perlakuan kejam tersebut tetapi semata-mata atas dasar kemanusiaan.

Yang benar,
(MUHAMAD AKMAL BIN MOHAMAD DAHALAN)
Presiden


Ni sedikit perkongsian dari kawan di FB.. Fikir2 kan lah yea...

P/S: makin maju dunia...makin ramai org yg buat mcm2 perkara pelik...makin kurang rasa belas kasihan dan simpati..kalau sesama manusia pon xde..inikan pulak binatang...haihhh..



2 comments:

  1. Hey blogger bodoh..kalo tak tahu becerita xpayah nk sembang dkt sini..ko melayu kafir ker..kenapa ko tak cerita org Vietnam dkt puchong makan anjing lagi zalim..xde sapa kecoh pun..ko tahu tak org ni panah anjing sebab apa..bodh punya tuan blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan di atas adalah pandangan peribadi saya...awak tak suka awak punya pasal..bersadarkan apa awak nak panggil saya melayu kafir?? dgn cara awak menulis tu awak ingat awak dah cukup islam ke??saya sikit pon xde sentuh bab isi agama sebab sensitif, so saya rasa awak lagi bodoh...oh pasal makan anjing di puchong oleh warga vietnam tu..kalau ada bukti kukuh siap bergambar sila lah report dan bawa hal ni ke depan, saya rasa ramai animal lover akan turut kluar menyokong, setakat sembang sini xde makna la...kesiannya..awak dah 2x bodoh nampak gayanya..

      Delete

Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers