Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Sunday, 12 July 2015

Petua Halau Anai-Anai


As Salam..

Ni dapat dr FB....lupa perkongsian dari sape...tp sbb berguna info ni..aku nak share jugak...
Ada yg dah cuba berjaya..so ni  kira alternatif selain panggil pest control...kos nak bayar depa ni bukan murah..makan riban2 jugak..

Masa di rumah lama..kami ada masalah ni...dah la bilik tu kami letak present kawin..so bykla yg rosak dan terpaksa dibuang..rugi sgt2...cisbedebah betul!

Masa tu la aku rasa..kalau ada bela sekor dua anteater kan bagus..anteater ni walau besau..mknnya semut dan anai-anai..longhair pulak tu...arr..aku kan suka mende2 berbulu long hair ni...berjodoh sungguh aku ngan mende ni...

Oh...wahai rakyat sekalian...tgk betul2..ini anteater tau..bukn dinosaur berbulu ke hape...aku teringat kes wombat disangka babi yg kecoh kat fb tu...ehh...simpan sikit bodoh tu..buat malu jer..tu la ..suh blajar, tengok dokumentari animal planet ke hape..ko sibuk berdrama suamiku itu..suamiku ini...gigih nak nyanyi, dar yg tua samai yg ke nyanyuk..yg kecil heboh ngan bintang kecil la..bintang cilik la...yg remaja ber akademi fantasia..yang dah tuan bangka x abis2 dengan kilauan emas...itu je la pandainya pon...


Anteater..Anteater..Anteater..

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

P/S: Selamat mencuba!




Friday, 10 July 2015

pepandai jerr

As Salam...

Maap ler...entry basi..ala..xde mood..byk mende nak bercerita tp jari2 ni semua tgh berpuasa hatta kemalasan melanda..jari2 ni so far hanya bergerak untuk masak dan tekan2 remote astro..haaaa..acaner tuuu..

Skrg ni, kalau bukak fb atau ig, penuhla..iklan baju raya..kuih raya..kasut raya, perfume raya..ehh...bila time raya tiba2 je semua kene baru, sempena raya kekdahnya, ada yg jual khemah raya (apakah??)..akuarium raya free ikan 3 ekor...semua2la dapat tambahan raya kat blkg....termasukla perkara yg aku rasa mcm xde kene mengena jek...semua berebut2 buat sales sempena ramadhan, jualan harga runtuh aidilfitri..hhmm...byk benar duit depa nih..depa x merasa ke tgh gawat...tp kemeriahan dah berkurang, x mcm tahun sebelumnya..sedikit sebanyak ramai yang terkesan dgn kejatuhan duit mesia tuh..kesian kita...

Pastu..tgk2 ada g circulate pasal kuih dr China la..kuih x halal la..bangla cabut sticker la hape..ehh...jgn la suka suki share jer..sekali rupanya itu produk tempatan...buat naya je pada pengusaha..tak baik korg nih...



Sejak puasa nih..mende peberet aku petai..hhmm..selalu mmg suka..tp kali ni extra suka..teruk..terukk...dah berapa kali dok ualng menu sambal tumis petai..kalau x ikan bilis..ku bedal udang..teruk nau selera berpuasa kali ni...


Raya kali ni...hmm...biasa2 jer...prof ckp..jgn tinggal thesis lebih dr 3 hari. kalau tidak nanti momentum nak menulis ilang..arr...takut aku...tp..takkan x boleh raya...sorg lagi ckp..oii..raya yg sunnah sehari je...x payah la nak leret berminggu2...sudahnya...baju pon x heran nak carik..mindset aku mmg 3 thn ni raya dah segala cuti lain-lain biasa jek..ada perkara lain yg perlu diberi keutamaan..penat berulang KL-JB dah x berapa terasa mcm awal2 dulu..dah biasa..ada kala aku gigih balik hari..mcm main2 kan...ehehhehe..

p/s: abah big boss masih di hosp..so bertambah x meriah la raya...tp..x kesahla...hari raya ni yg happy budak2..yg dewasa mi..biasa2 sudahla..tp bila memikirkan expenses nak raya..terasa mcm...nak lari pi holiday..takpun skip je..meaning aku beraya sendiri di rumah sendiri tgk tv...apa?? uolls kata aku kera sumbang?? lantaklaaa...x heran....x kudis ponn..


Wednesday, 10 June 2015

Terkunci lagi!

As Salam...

Hari..slps sekian lama baru ada time sikit nak hapdet blog ni...kekdahnya..smlm dah selamat present proposal MMPU...hadoii,,separuh nyawa rasaya....ptg tu jugak jumpa sv apa yg patut..mlm tu kengkononnya nak open table..release tension +reward diri...tp lain pulak yg jadik...

Bahana dah ting tong beberapa hari..balik bilik semua telentang kepenatan...haihh..kene siap awal plak nak pi makan kat Pendas ke mana ntah..lepas golek2...pi la mandi..ada kawan ni lepak kat bilik...aku x kisah..aku suka je ada kawan kan...aku pesan la...aku nak mandi dulu..dan aku expect dia tunggu la aku balik mandi then ganti..sbb aku x bawak kunci..so pi la mandi aku dengan gembiraaaa...tiba2..makcik ni dtg toilet...kocoh2 nak terkencing...dia tanya..."Anaaaa..ko bawak kunci tak??!!" Hah..terberenti aku tgh syok2 mandi..kau..bisu..membeku...Allaahhhhh..ni mesti bilik aku dah terkunci dari dalam nihhhh....aku continue mandi dengan rasa sendu..mcm mana nie...henpon semua dalam bilik..sesambil pikir..apa nak buat..apa nak buat...sblm ni dah pernah terkunci bilik jugak..yg menciknya..setiap kali tu la aku dlm keadaan serba kekurangan...adoii....ku tutup atas...bawah bukak..ku tutup bawah atas bukak...at least this time aku ada towel..drpd hari tu...mmg ala2 victoria secret sangattt...ihik ihik :p

Aalaaaaaa....hancur harapan nak pi mkn sedap...aku siap pesan ngan kawan...pi la makan tanpa kami...sbb sepertinya x sempat ..mana nak mintk kunci dengan felo la...sadis..dalam kepala dah pikir..kawan dok mkn sedap...mesti aku mkn mee goreng hostel sambil nanges sbb kene tinggal...


Rupa2nya tidakkk...depa tunggu.haaa...suka...suka...smpat la settle kan apa yg patut..dlm kol 8 lebih baru gerak pi kedai seafood tu...

Gembira...gembira....nasib baik x kene tinggal..kehehhehe...

Dah settle..lepas ni menghadap hazab yang lain... pasal kes yang berlaku tu.idokla aku salahkan kawan aku..sbb mende dah nak jadi..cuma lepas ni...pi mana2 mmg kene gantung kunci kat leher.. Dont worry anis..aku x marah...tp mmg akan jadi bahan sampai 3 thn yg akan dtg...tak lupa Nannanera..ko mmg driver pujaan weolls...hakhakhak...

Oohh..sangat merindui si mokmok ni...Chachi...rindunya...minggu depan mama balik ya....Rindu Chachi...rindu sgt2...

Daa...


Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers