Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!
Showing posts with label rencam. Show all posts
Showing posts with label rencam. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

Petua Halau Anai-Anai


As Salam..

Ni dapat dr FB....lupa perkongsian dari sape...tp sbb berguna info ni..aku nak share jugak...
Ada yg dah cuba berjaya..so ni  kira alternatif selain panggil pest control...kos nak bayar depa ni bukan murah..makan riban2 jugak..

Masa di rumah lama..kami ada masalah ni...dah la bilik tu kami letak present kawin..so bykla yg rosak dan terpaksa dibuang..rugi sgt2...cisbedebah betul!

Masa tu la aku rasa..kalau ada bela sekor dua anteater kan bagus..anteater ni walau besau..mknnya semut dan anai-anai..longhair pulak tu...arr..aku kan suka mende2 berbulu long hair ni...berjodoh sungguh aku ngan mende ni...

Oh...wahai rakyat sekalian...tgk betul2..ini anteater tau..bukn dinosaur berbulu ke hape...aku teringat kes wombat disangka babi yg kecoh kat fb tu...ehh...simpan sikit bodoh tu..buat malu jer..tu la ..suh blajar, tengok dokumentari animal planet ke hape..ko sibuk berdrama suamiku itu..suamiku ini...gigih nak nyanyi, dar yg tua samai yg ke nyanyuk..yg kecil heboh ngan bintang kecil la..bintang cilik la...yg remaja ber akademi fantasia..yang dah tuan bangka x abis2 dengan kilauan emas...itu je la pandainya pon...


Anteater..Anteater..Anteater..

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH
Boleh cuba mana-mana cara berikut :
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Dupaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

P/S: Selamat mencuba!




Friday, 10 July 2015

pepandai jerr

As Salam...

Maap ler...entry basi..ala..xde mood..byk mende nak bercerita tp jari2 ni semua tgh berpuasa hatta kemalasan melanda..jari2 ni so far hanya bergerak untuk masak dan tekan2 remote astro..haaaa..acaner tuuu..

Skrg ni, kalau bukak fb atau ig, penuhla..iklan baju raya..kuih raya..kasut raya, perfume raya..ehh...bila time raya tiba2 je semua kene baru, sempena raya kekdahnya, ada yg jual khemah raya (apakah??)..akuarium raya free ikan 3 ekor...semua2la dapat tambahan raya kat blkg....termasukla perkara yg aku rasa mcm xde kene mengena jek...semua berebut2 buat sales sempena ramadhan, jualan harga runtuh aidilfitri..hhmm...byk benar duit depa nih..depa x merasa ke tgh gawat...tp kemeriahan dah berkurang, x mcm tahun sebelumnya..sedikit sebanyak ramai yang terkesan dgn kejatuhan duit mesia tuh..kesian kita...

Pastu..tgk2 ada g circulate pasal kuih dr China la..kuih x halal la..bangla cabut sticker la hape..ehh...jgn la suka suki share jer..sekali rupanya itu produk tempatan...buat naya je pada pengusaha..tak baik korg nih...



Sejak puasa nih..mende peberet aku petai..hhmm..selalu mmg suka..tp kali ni extra suka..teruk..terukk...dah berapa kali dok ualng menu sambal tumis petai..kalau x ikan bilis..ku bedal udang..teruk nau selera berpuasa kali ni...


Raya kali ni...hmm...biasa2 jer...prof ckp..jgn tinggal thesis lebih dr 3 hari. kalau tidak nanti momentum nak menulis ilang..arr...takut aku...tp..takkan x boleh raya...sorg lagi ckp..oii..raya yg sunnah sehari je...x payah la nak leret berminggu2...sudahnya...baju pon x heran nak carik..mindset aku mmg 3 thn ni raya dah segala cuti lain-lain biasa jek..ada perkara lain yg perlu diberi keutamaan..penat berulang KL-JB dah x berapa terasa mcm awal2 dulu..dah biasa..ada kala aku gigih balik hari..mcm main2 kan...ehehhehe..

p/s: abah big boss masih di hosp..so bertambah x meriah la raya...tp..x kesahla...hari raya ni yg happy budak2..yg dewasa mi..biasa2 sudahla..tp bila memikirkan expenses nak raya..terasa mcm...nak lari pi holiday..takpun skip je..meaning aku beraya sendiri di rumah sendiri tgk tv...apa?? uolls kata aku kera sumbang?? lantaklaaa...x heran....x kudis ponn..


Thursday, 15 January 2015

Anak Siapa Ni??

As Salam....

Nih...nih...ni anak sape??? Datang2 dgn mulut bisingnya..masuk2 umah terus melepak..terus makan...badannya kotor2 sikit..tapi..tak mungkin stray cat..sbb sihat2 sedap2 badannya...Check punye check..eh..eh..boboi nih..bergantung2 telonya nih...arrr..ko x snip lagi ya..patut la mulut ko becok yg amat!!

Bagi nama dia Boboi..

Masa sampai tu bulunya kotor sket..main guling2 kat pasir ke hape tak tau la..so udahnya kami kasi mandi..siap Malaseb dan spray Justz Spray tu..dah wangi..baru boleh pelok2...

Kuat meleser budak ni..kejenye mengekor kaki org je..kadang sampai nak jatuh bila jalan sbb nak elak2 dr terpijak kaki atau ekor dia..dianya mcm tak kesah..sebok membontot org sana sini.. Bukak tilam kucing lepak2..tdo dia..boring2..dia tdo atas sofa..selama aku pindah x pernah ada yg berani dan berjaya cakar furniture..dtg budak dompot ni..dia dah berjaya cakar sofar dan meja makan ..sob..sob..sob..sampai hati ko boboi ..sampai hati...

Bila tengok2 balik..muka dia mcm Bokashi la..cuma beza kaler jer..big boss dah mcm excited..sbb ni jantan..almaklum..kami kan kehilangan dan kematian 2 ekor anak jantan..err...apakah maknanya...apakah??!!

P/S: Buat masa ni..cadang utk foster..apa2 snip dulu..sbb kucing lain meroyan..dia pon tumpang sahut menyahut dr atas bilik..bising betui!



Thursday, 23 October 2014

Huru Hara I Want To Touch A Dog

As Salam...

Kecoh skrg..isu event 'I Want To Touch A Dog'...pening kepala...satu Malaysia kecoh..event ni dikatakan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam terhadap anjing...aku x setuju la...aku rasa yg melenting2 ni org Melayu je..sbb Islam tu indah dan luas..terutama apa bila berckp ttg pendapat mazhab...

Jgn buat speku pulak kata aku nak bela anjing..aku x sejahil yg ko fikirkan..cuma pendapat tak sama...sblm ni aku like2 page anjing..aku share pic anjing esp corgi my fav tu sbb katik2 saiznya..terus dpt pm suh mengucap..kembali kpd islam..kgn hidup dlm kesesatan..apa korg nie..

Event ni katanya dpt kelulusan palsu la..surat palsu la..hakikatnya mmg dpt kelulusan dari MAIS..ko tau tak betapa bersusahnya org tu turun naik nak dptkan kelulusan dan ustaz yg mau beri penerangan masa event tu..dah kalau ko dgr la tazkirah ustaz masa event (kalau bother utk carik la kan..korg kan suka share2 without knowing the truth).. dia pun explain mengikut apa yg ajarkan oleh mazhab Syafie, dia cuma nak tukar mindset org je supaya jgn pandang hina pada ciptaan Allah sekalipun ia hanya seekor anjing...x ada pulak dia kata ok..kita boleh bela anjing lepas ni..x ada!


Aku?
Aku rasa menyampah dengan depa2 yg menghukum tanpa tau tujuan event tu diadakan..lepas tu bising dan beremosi tak tentu pasal.. kutuk mengutuk..keji..fitnah berleluasa bahana event ni...keyboard warrior bersepah2..tiba2 ustaz dan ustazah instant tumbuh bagai kurap cendawan..Aku ambil pendekatan untuk berdiam saja..xde faedah ajak berbincang..sbb mereka mmg tak mahu faham...mungkin niatnya baik..nak 'sedarkan' kesilapan kawan2 atau org2 yg dirasakan dah buat silap dan tersalah pilih arah tujuan bila turut sama menyertai event tuh..but wait...do you think i can easily be fooled? Sbb aku tau aku cetek ilmu ni la aku buat extensive reading and korek2 sebanyak mana vid2 ustaz2 kat you tube berkenaan isu nih..ko tau tak?? Ko tak tau tu kan..sbb tu korg bash aku mcm2..as if aku ni dah sesat..sedih sgt2 rasanya..of all pll yg aku kenal..why must it be you..

Aku cut and paste balik tujuan event nie yang aku dpt dari page event tu sendiri..so baca dengan hati terbuka dan lapang dada..

Just for the curious with heart to touch a dog. Open to all race and religion and age. A free event. For the muslims, we will talk about sertu as well as practical on it.


The main reason is to overcome fear, just pat/touch and for the muslim, to clean it 
properly.


Reason why I am doing this is to find a tactful way if I ever need to savebone I would know how InsyaAllah. 
Not to promote dog ownership as this small event is just for the curious. I doubt it should be about anything else. But if it actually sensitized some individual, do clarify it first before it will be drawn to fitnah. Wallahualam.


Dah baca?? So..event ni bukan nak menyeru org Islam utk bela anjing beramai2 lepas ni...tidak..bukan...bukan itu....mende ni cuma nak kikis imej dan stigma negative serta jijik terhadap anjing..esp org2 Melayu Islam ni..nak bentuk rasa kesian sekaligus mengurangkan kes2 animal cruelty sbb anjing dan kucing antara haiwan pets yg kerap jadi stray dan terlibatkan dgn kes cruelty.. Ada yg bangkitkan nanti ada event pegang babi pulak..ko dah gila? sejak bila ada babi merewang2 kat jalan mesia ni..ada ke ko tgk babi2 terbiar babi jalanan kat belakang chowkit or belakang klcc? pernah ke babi sondol2 kaki ko mintak makan kat foodcourt? ada? agak2 la sikit..bagi contoh pon dah x berapa nak bijak...

Ada yg kata...kalau nak educate kenapa bawak poodle2 comel..anjing2 jinak yg dah dipelihara takpun kenapa tak bawak patung anjing je..or apsal x bawak tu haa anjing2 kurap tepi jalan...ok..satu lagi soalan agak bingai pada aku..benda ni nak overcome fear..so mestilah bermula dgn perkara yg paling mudah..kalau ko bawak anjing garang ke anjing gila ke..forever and ever la depa takut anjing..hakikatnya..x semua stray diluar tu garang dan jahat..cumanya kita ni xde ilmu mcm mana approach dgn cara yg betul..anjing tak sama mcm kucing..even ko approach arnab ke sugar glider ke yang jinak2 tu pon berbeza..sbb setiap haiwan tu ada ciri dan tabiat berbeza.. event ni nak buang rasa takut pada anjing la..bukan pada plushie or patung...ngek sgt opinion ko kan..

Kalau la satu hari ditakdirkan tertembung dgn kes anjing yg baru kene langgar ke..jatuh longkang ke..aku ni x la takut nak tolong angkat ke hape..isu samak dan sertu x perlu dipertikaikan..sbb anjing tu x dinafikan kategori najis..so mmg ko kene bersihkan diri lepas tu..itu jer...even masa kat event tu..ada sertu coaches yg ajar cara sama k dan sertu yg betul..ada yg kata..budak2 pon reti buat samak sertu tu..ouh really...bagusla..x semua org pandai mcm anak ko kot..so ada yg nak mengajar..kan bagus tuh.. Aku pon baru tau selain sabun taharah ada satu lagi sabun clay base dlm bentuk liquid yg boleh guna untuk tujuan pensucian, bahan yg sama jugakla ni guna untuk sertu dan samak dapur Ikea tuh dulu...ko tau? Hmm..mesti tak tau kan..

Ada yg sebut sajer2 pegang anjing tu haram, peluk2 anjing tu haram..bak kata ustaz retis tu la kan..but then ko tau ke org2 yg dtg tu kompom mazhab apa yg depa pegang? Tak kisahla org..aku sekali lagi nak bagitau aku pandang ia sebagai satu cara utk belajar..itu jer.bila dah ramai2 yg dtg..penganjur pon x menang tangan nak perhati perangai semua yg hadir..yg hadir ramai..kawasan luar..kot ada yg terover tu mungkin excited sbb first time dpt pegang anjing sedangkan selalunya dah dimomok2 yg anjing tu haram..siap ada yg ajar anak2 baling batu kalau nampak anjing...apa sebenarnya yg ko terapkan pada anak2 kalau itu yg ko ajar..as if its not ok to be cruel to animal but its fine to hit a dog sbb dia haram..salah tu! mmg anjing tu haram...tapi haram dimakan dagingnya bukan utk dipegang..stil jadi kesalahan kalau kita sengaja menyakitinya..bila nak bela perlu ada tujuan dan sebab2 tertentu.....itu jer..kenapalah korg suka susah2kan benda mudah.. itu belum kata dah pegang anjing tu..kene mandi wajib semuanya...aku tatau nak gelak or nak nangis..ustaz planet mana yg dia belajar nih..org komen ko pon sibuk nak mengkomen tp komen ko tu hampass tau tak..adoii..

Part paling kesian..ustaz yg datang tu dikatanya Kristian..org2 melayu yg dtg tu semua dah murtad, kena balik bertaubat dan mengucap, yg datang tu sebenarnya jemaah gereja jalan gasing...dasyat betul 'nasik tambah' korg nih...aku tatau pon ada gereja sana..aku tau jalan gasing tu ada hosp vet yg besar je dan servicenya tip top ..tu jer...



Allah..korg dah main fitnah2 nih..x tau kisah sebenar dok share sana sini..caner tu? Kalau ustaz tu jiran sebelah umah boleh ko mintak maaf, kalau jauh pastu kenal pon idak..caner? Dah la banyak 'nasik tambah
nya setiap kali di share..dan disetiap sharing tu da jek mengkomen2 hebat yg maki2..mcm mana ni wei...sape nak jawab nih..
Mcm la ko tak tau game org2 Malaysia ni..kaki photoshop dah kaki 'nasik tambah'..berapa banyak cerita tipu muncul bila ada yg depa x suka atau x kene dgn selera..pic jgn ckpla..lagi melambak..almaklum software photoshop pon ada yg free kan...hhmm...

 

Ni la yang aku cuba nak ckp tp x reti..tp alhamdulillah semuanya yg aku rasa dah terangkum dlm ceramah ustaz nie..terdapat keluasan dalam 4 mazhab  ni..so kenapa perlu taksub dgn 1 mazhab je dan yg bestnya mazhab yg ko dok ikut tu pon aku rasa ko x khatam habis..mcm yg ustaz ni ckp..org menolak apa yg imam malik ckp sedangkan dia tu guru kepada imam syafie..imam syafie pon x pernah tolak apa yg guru dia ajarkan so korg2 ni semua ni dah kenapa?



Ni lagi..dengar sampai habis tau..penerangan dari ustaz rasul dahri pulak...


P/S: 
kang mesti kecoh kata ni ustaz wahabi la..ustaz liberal..takpun dikatanya syiah..almaklum..kata2 ustaz pemes atau ustaz retis lebih diambil kira, padahal mereka ni cuma ada pandangan yg berbeza dan semestinya seperti kita jugak mereka bukan maksum ie tidak terlepas dari kesilapan dan dosa.


Mmg selalunya mcm tu..pantang ada pandangan yang beza sikit..mula lah melabel org..kita dok canang Islam itu indah..tp kita sendiri dok tunjuk ke org2 non Muslim perangai kita yang tak berapa nak 'indah' tu bila mengkomen..yg bestnya para pengkomen2 tu..ada yg picnya dok tayang tetek dah separuh terkeluar..ada yg pic peluk2 bf/gf..eehhh...hipokrit sgt kan...


Senang aje nak porak perandakan org Islam kat Malaysia ni..ko tabur je pasal anjing dan babi..menggelupur tonggang terbalik semua...x payah sebut la pasal araknya..judinya..x payah..dua ni cukup..
Berborak dgn kawan Palestinian dan those yg dtg dari middle east dan mereka yg dah migrate to western countries..semua geleng kepala, aku pon tak tau nak ckp apa..kalau kita ckp nanti dikata dakyah2 liberalisme dah menyusup masuk la hape..siap suh aku belajar dan carik ustaz utk rujukan..well i did! apa yg aku dpt..ustaz2 sendiri bercanggah pendapat satu sama lain..kita yg bawah2 ni lagi la..nilaikan sendiri dan jgn melabel org kalau dia ada pendapat berbeza asalkan x lari dr landasan syariat..

Pada aku la..aku stil pandang benda ni in a positive way..sbb aku tau stp benda yg Allah ciptakan ada nilai dan fungsinya tersendiri..aku bukan nak besar2kan anjing..cuma..dlm korg kata anjing tu haiwan hina, haiwan jijik, haiwan najis, anjing la jugak Allah kurniankan sharp senses utk bantu dlm urusan search and rescue bila ada bangunan runtuh ke hape..utk carik dadah kat airport..untuk bantu org buta dan pekak (yea..hearing dog wujud..see..itu pon aku rasa ko tak tau)

Aku ada kawan..umah parents nya dah 3 x kene pecah dlm 1 bulan yg sama..2 kali tu report polis dan tukar kunci gril semua..mohon kerap adakan kawalan malam..x jadik..kene pecah lagi...dia pasang cc tv..x jalan..pencurik siap spray cctv dia ngan cat..dia risau keselamatan parents dia..sbb umah tu duduk berdua je anak2 keje semua kat kl..so dia pi spca dan adopt anjing..sbg guard dog..anjing ni duduk luar je..x masuk umah pon..dia siap amik maid utk uruskan anjing sbb bapak dia pon a bit skeptical pasal mende ni..baru xde kene pecah lagi..yg bestnya..lepas tu bapaknya kene bash dan kene pulau dgn ajk surau..lepas solat jemaah siap xmo salam sbb alasan najis..raya pon x dtg rumah..itu lagi gila aku rasa, sbb sah2 org tua  tu dah bersuci dan dlm wuduk sbb nak sembahyang..takkan dia nak lepas legar2 anjing dia time org dtg beraya kan..so sape yg narrow minded skrg nih? skrg ni pakcik tu dah tak heran..dia pi solat kat surau taman lain..dia ckp masa dia susah kene rompak bukan org bantu pon..dia bela bersebab..dah cuba ikhtiar lain x jalan..sape yg berani..asyik2 ada parang kat leher..barang kemas abis licin kene sapu dek perompak..

So kalau ada yg kata kami2 ni x berapa nak islam sbb kami xde pendapat yg sama dgn korg2 yang oh-so-pious-you yg x setuju pasal event ni..terpulangla..sbb benda khilaf ni mmg macm neverending...bawalah hala tuju masing2.. Insyaallah aku terus carik info dr kitab2 lain dan ustaz lain juga..sbb ni jugak la tiba2 rajin korek2 balik kitab lama arwah tok..nasib dlm bahasa melayu, kalau bahasa arab mampuih x paham..kene byk membaca dan rajin tanya..secara x lansung terbelajar juga sikit 2 berkenaan mazhab2 lain dalam aspek2 lain juga yg kita x belajar di sekolah..itu yg priceless sebenarnya..ok..dah..oh-so-not-pious-me nak log out...daa....








Wednesday, 24 September 2014

Domestic long hair looking for furrever home

As salam...

Hai..hari ni...aku nak warwarkan..ada seekor kucing comei utk dicarikkan tuan baru..

 Ini la dia si manja tu..nama nya Ah Cat..

Kisahnya dulu..si Ah Cat ni direscue sbb mengalami kurap yg sangaaaaaaatttttttt teruk... Iye..aku x main2...rescuernya (kawan aku) kata..ekornya dah keras dan tebal..sampai mcm ekor dinosaur rupanya...kurap di kakinya dah mengeras dan menebal..imagine dah mcm pakai boot gayanya...kesian kan..

Udahnya..rescuer bawa ke vet..diberikan perubatan sewajarnya dan dijaga sampai la gebu gebas gini..sekarang Ah Cat dah selamat di neuter..bulu dah tumbuh semula..sudah fit utk di put for adoption...

 Sape sangka mat kurap dulunya rupa2 ada bulu panjang...cantik dah dia..

Sedikit info pasal Ah Cat:

Ah Cat direscue di Ampang
Jantan
Sudah di neuter
Umur lingkungan 2-3 tahun
Lokasi di Sg Pusu Gombak

Adoption fee: Ingin ditukarkan dengan 7-10kg kibbles jenama Blackwood/ Iams/ Sportsmen Pride/ Starpro...kibbles2 ni akan digunakan rescuer utk feed stray catnya..rescuer ni juga seorang feeder tetap dikawasannya..bukan nak demand tau..ini mmg brand2 yg dia bg pada kucing2nya..sebab tu semuanya sihat2 dan gemot2 belaka..

Ah Cat ni aktif, suka dimanja, suka bersosial tidak garang..so far tidak menyusahkan rescuernya sepanjang dia dijaga di rumah yg mmg sudah ada 9 ekor kucing yg lain..

 Hoiii...gebunya ko anak...manja betul..kalau x..xkan la dia baring2 mendugong mcm ni kat tgh umah kan...

Pose manja dari Ah Cat...

Harap2 ada yg sudi adopt si Ah Cat ni..kalau ada yg berminat boleh email mamabetty di annanadzri@gmail.com utk sesi temuramah ringkas..kehehehhe..

Td dah diletakkan lokasi dia direscue di Ampang..so harapnya tiada la insan2 yg claim ini kucing saya yg hilang 8 thn lepas la...4 bulan lepas dan lain-lain..sah2 masa dia direscue rupa Ah Cat bukan mcm ni..so korg jgn mcm2 ya...ai tumbok nanti..kehehehhe..




Sunday, 21 September 2014

Solat Jamak & Qasar

As Salam..

Dipanjangkan perkongsian yg saya copy paste dr FB..lupa pula sumber asalnya dari mana...
Kalau travel mesti selalu tanya.."Eh..apa niat solat jamak?" Udanya mmg baca niat dlm bahasa melayu..x apalah...Allah tu Maha Bijaksana...bahasa apa pon boleh...jgnla kita menyusahkan perkara yg mudah..betul tak?

SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.
Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala. ! memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Saya juga sekadar berkongsi ilmu. Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu. T/kasih. Wasallam.

Friday, 25 July 2014

Baju raya..buku raya..

As Salam...

Lagi 2 hari nak raya...semua dok sibuk shopping baju raya..tak kira tua, muda atau bangka..sibuk carik baju raya...
Aku? Ala...x sempat...lupa pon iyer...so aku pakai sajer yg asalnya baju buat utk pi opis sebagai baju raya...tailor tu siap lambat..dah kebetulan siap time raya so buat je la sebagai baju raya...padahal hantar masa ujung bulan Feb tu...lama kan...
Lagi pun...hari raya ni yg seronok lebih kepada budak2...utk org dewasa lebih kepada utk berjumpa dgn keluarga dan sahabat handai utk eratkan silaturrahim..kan..

Sesambil jalan2 tu kan...iskh..takut jugak tgk baju2 la ni...kalau bukan season raya pon...bermanik sequin penuh..mengerlip2....itu belum lagi skrg ni dok gile dgn lace...x dinafikan lace ni cantik..manik tu cantik..sulaman tu cantik..tp kalau dah heavy sgt...takut aku...takut apa? Hhmm...yela...kalau mcm aku yg kerja biasa2 dipejabat kerajaan..kalau nak pakai baju mcm tu agak over rasanya..dah la kat sini jubah pon x digalakkan pakai..paham2 je la jubah lycra tu kan..melekat dan melekap..abis semua gunung ganang bukit dan lurah nampak jelas bentuknya...vpl jgn cakapla.. lycra tu pon byk jenis dan gred..ada tebal nipis dll..

Maybe ada yg kata baju vouge2 tu boleh bawak pi majlis...haa..iyer la..tp kita ni bukan hari2 ada dinner, high tea..bukan juga keturunan tengkurak tengku tengkik yg makin dlm hotel sokmo..kalau kenduri kawin tu buat dlm ballroom ber aircond boleh la pakai segala manik and lace..kalau dok bawak khemah..haih..buat panas basah ketiak je wehh..kehehhehe...

Apapun..itu semua terpulang kepada citarasa peribadi...aku sebenarnya suka lace..suka sgt2 tp terpaksa memilih2..dibuatnya kalau beli yg grand2 pastu x berpeluang nak pakai sbb x sesuai dgn situasi..kan dah membazir tuu....pastu kalau beading byk2 ni..mudah tertarik..tercabut..bab tu paling malas sekali aku nak layan...tu belum bab tersangkut2 lagi..haihh..

Tolongla jgn dressing mengerlip sgt..tp nak buat mcm mana..mmg some ppl they tend to overdo kan...atas bawah kilat mengerlip...pening aku..dah mcm walking christmas tree aku tgk..mcm pic ni la..koman2 dlm pic ni..org pakai baju 'supermeriah' ni pon sbb sebagai costume..bukan baju hari2..hahahahahaha...

Tidak shopping baju..smlm aku shopping buku...guna Big Boss punya voucher buku..nak beli buku lain tp dpt buku lain..apa kes?? Bahana ada seller yg dan menolak utk menerima voucher buku tu (expiry date 31st july 2014 tau!) Atas alasan apa ko tau?? Sbb masa 31st tu xde staff yg dah masuk opis..semua masih bercuti hari raya..so xde sape nak submit voucher tu ke Bank Negara utk claim..

Hhmmm...kenapa lah tak bgtau awal2..kalau promosi ke diskaun ke reti ko warwar dlm blog dlm website and FB..kalau ada specific date ko x terima voucher..kene la warwarkan jugak..dah la buku tu xde jual kat kedai buku..cuma kat tempat dia tu aje ada..org dtg dari jauh nak beli..ko ckp x boleh unless cash...haihh...buku tu aje dah berapa..kalau nak beli 3-4 buku..x ke beratus2..masa aku pegi smlm..ada sorg budak tu pon dtg nak beli guna book voucher..terkulat2 dia bila dengar kalau nak beli terima cash aje..sbb mmg nak guna..dia beli jugakla..walaupun dari gaya aku tau dia pon tension..Dahla masa dtg tu..opis tutup lampu...dah gelap...bila intai2 ada sekor sorg je staff dia tgh kemas2 gaya mcm nak balik jugak...aku siap telefon opis tu ..siap pm dlm FB suh bukak pintu sbb kami dtg nak beli buku..tapi xde yang angkat..so aku ketuk2 la pintu tu..baru dia bukak pintu semua..tersengih2 dia kluar dan ckp semua staff dah start cuti..eh..eh..eh..baru hari Khamis kot..kesimpulannya..next week penuh x bukak sebab dah dia kata xde staff nak hantar voucher ke Bank Negara kan..next Monday baru bukak..padahal kat FB dia siap tulis mula bercuti tutup opis on the 26th..mcm mana x bengang...malas nak gaduh tau bulan2 pose ni tp sungguhla depa x pikir org yg jauh2 dtg semata2 nak beli buku tuh..mmg la beli online depa pos tp dah aku niat nak beli pakai voucher buku kan..dptla jimat sikit cash..dah la nak raya nie..apa pon nak pakai duit.....tu yg aku tension tu...ngan Big Boss pon aku geram jugak..kalau diajak asyik malas je nak pi..kalau x..xdela masalah mcm ni..aku betul2 nak dan perlu buku tu tau..kalau x..xdela aku merempan katak mcm ni...

P/S: Nanti ada rezeki beli online je la..mahal pon mahal la..Ni la org melayu kalau meniaga..time raya tu kalau boleh sebulan nak tutup kedai...x mcm org cina..tutup kejap je..ko tgkla..time raya..semuaaaa tutup...almaklum...raya...part ni yg aku x gemar...btw..aku hari khamis dah keje...kalau aku rajin..rabu dah nak masuk opis..kensel je cuti yg dah apply sehari tu...baik simpan cuti tu utk perkara lain..raya pon kat KL jer..xde pi mana2 sgt...

Pic kredit kpd google.com





Thursday, 26 June 2014

KEYBOARD WARRIOR SGT...

As salam...

Aku setelah sekian lamanya x hapdet blog..pastu ada habit selalu leka nak baca komen kat post2 lama..tiba2 tergerak hati...aku jumpa nie...ada org panggil aku blogger bodoh..eh..eh..eh...suka hati jek...ni ha..kat post pasal lelaki panah anjing tu la...mendapat aku title melayu kafir..cehh!

 Pasal entry ni la..padahal aku dah disclaimer dah...apa2 yg aku tulis itu pendapat peribadi aku..suka hati la..blog aku hape...kan...kan... Dan pic yg aku letakkan tu semua pic yg mmg dah viral dlm laman sosial dan internet, takpun perkongsian daripada blog yg lain...so make no difference la kan... Obviously org dah tau kes ni kat mana..sape pelakunya semua..kan... (Klik gambar utk baca post tersebut)

Dan aku x suka nak delete2 comment org..so aku reply jer... Dia marah sbb apa ek..xde asas lansung..sbb entry tu tu cuma pendpt aku sendiri yg x akan affect apa2 atau siapa2..pastuh kalau ada entry lain pasal anjing pon aku banyak quote apa yg org lain ckp aku aku rasa relevan atau sama pendapat dgn aku..ikut hati nak reply panjang2 tp sbb dah lepas kan..so tulis ala kadar jer..x guna gaduh ngan org x berapa cerdik..jatuh standard weiii....keheheheh

So...aku assume si Dedy tu mmg spesis rare..spesis otak kat lutut...sekian...

P/S: Jumpa org bodoh dlm blog sendiri...what a bad day eh..

Bersawang+Nyampah

As Salam...

Apa khabar korg? Sihat? MB sihat....Big Boss pon sihat...tp tu la...hati tetap x berapa best..mood menulis pergi bersama Jayen yg x balik2.....sbb sampai la ni si Jayen x jumpa2....aku dah redha...tp hari2 tetap check longkang yg dia last dijumpai...ada kisahnya tapi nanti ler..kenangkan Jayen...air mata jatuh sendiri..rindu ekor kontot dia..rindu bulu karpet dia..dgn sape lg aku nak nyanyi lagu Pok Pok Ayen... :'(

Mcm2 kisah sekarang ni....dari DNA babi ler...stok perisa pork ler..pasal remaja OKU tu ler...haihh...mcm nak terbalik dunia ni...kisah pelik2 semua keluar...

Tapi yg kisah si adik Firdaus ni...sedih la..walau apa pun alasan mak dia...aku stil x jumpa logiknya di mana..sbb hal ni dah kantoi...habis semua isu rumahtangganya..jumlah gajinya dah jadi pengetahuan umum...apa tidaknya..katanya masalah keluarga etc tp bila org check FB nya...haaa...hidupnya mcm org normal yg berpendapatan sederhana yg masih mampu berhoyeh2...skrg ni ramai ler yg mula memberi pendapat la..x kurang juga yg mula campurtangan sbb perkara ni mmg sgt sadisss sgt dipandangan mata..kan...yg x boleh blah ada yg siap bergadoh2 pasal hal ni kat FB walhal korg xde kene mengena pon...keyboard warrior sgt...cehh!!

Kisah isu babi cadbury tu plak...tak tau la sbb nak aniaya ke hape...tp pd aku dr sibuk hal isu cadbury tu...baik dia pi check kilang bihun yg meloyakan tu kan..kan..Aku setuju sgt dgn Dr Maza ke hape...dlm Msia ni...kita perlukan logo 'Haram'..bukan 'Halal'... korg agree tak??
Lepas kecoh DNA babi tu...haa..mulalah ramai boikit...ada yg terus buat promosi murah2...Aku?? Hhmmm...aku yakin halal...mkn saja mcm biasa...dah berapa lama Cadbury ni dlm pasaran Malaysia...kalau betul ada..kenapa contamination hanya berlaku dalam certain jenis coklat tp bukan semua...kan...
Peniaga2 online yg jual mcm2 produk coklat based yg guna Cadbury mulalah buang stok coklat masing2...kesian depa...kesilapan sesetengah pihak...org lain yang menanggung kerugian..dah la kebanyakkan ni peniaga online yg meniaga secara kecil-kecilan...kesian sgt2...beli stok dgn duit..bukan bulu idung!

Takde motif aku menulis hari ni...tp...aku stil nak meluahkan perasaan...ai tensen!! ai tensen!!! hukhukhuk..

Allah jadikan setiap org berbeza2..kaler lain2..saiz lain2.setiap org ada kelebihan dan kekurangan..apatah lagi bila berckp pasal kecantikkan yg nyatanya sgt subjektif kan...kenaikan pangkat dll...yg mana semuanya rezeki, ada org rezeki lambat, rezeki cepat, rezeki terpijak etc..

Apa perasannya kalau:

  • tgh ramai2 syok2 nak mkn ke..nak lunch ke...tiba2 ada sekor manusia tuh mcm merengek2 dok kata dia dah mkn byk sgt sampai perut dia dah buncit la..perut dah boroi la...kalau iye pon perut dia dah boroi (tapi dia kuros la khennn)..bukan ckp sekali ok, ckp berulang2..apa perasannya org yg dah sedia gemot mcm aku ni yg sah2 perutnya kedepan...apa rasanya...apa??!! Adakah dia ingin org kata.. ' Tak...awak masih kuros lagi...masih slim lagi..." desperate sgt nak org kata awak kuros kah??
  • selesai habis mkn2 kecil2an di ofis..ada banyak lebih...opkos la org akan kata..eh..ada byk lebih...makan la lagi..tak pon tapau la...aku rasa itu ayat standard kot setiap kali ada mkn2 ...kan...tiba2 sekor manusia yg sama seperti di atas ckp.."Tak boleh mkn banyak..nanti gemok...tak mahu gemok..nanti dpt gelaran gemoksss...." perkataan gemokss tu ada sssss ye, plural kononnya...ckpnya bukan slow2...almaklum suara speaker kenduri kawin kan...so...apa perasaan ko yg dok sebelah tu yg ko mmg sah2 gemok..apa??!! apa??!! Hina benar jadi gemok ni ek...hummphh!!
  • sebab selalu tapau makanan atau mkn luar...terus dicop tak reti masak...yes..yes...aku dicop x reti masak...ouhh sadisnya...maybe selama ni aku masak bukan pakai periuk sudip kot...maybe dia ingat aku masak pakai kayu sakti..sbb setiap kali sekor makhluk ni berckp riak tentang segala resepi tok nenek turun temurun ai yg paling pandai masak all recipe in the world katanya...ko sebut je resipi apa..kuih apa...semua dia tau la...ye ler..anak peniaga mknn dan kuih muih...dan setiap kali dia bercerita gitu...aku bagi pandangan blur bodo2 ala2 penyu nak bertelur tapi x lepas2 sbb telur tersangkut.....kadang2 apa yg dickpnya mmg aku dah tau ataupun aku rasa dia merepek merapu jek...lagipon org mcm ni malas nak dilayan ckp..sbb dia tau semua, jenis taknak kalah punye org...itu belum bab dia cantas masakan org lain dengan berkata dia punya lagi sedap, lagi lembut, lagi kenyal..lagi..lagi..lagi..semua laa...
  • bila dengar dia bercerita..katanya ramai yg ingat dia pelajar, ingat dia muda remaja..sbb dia orgnya kecil molek...ohoi...hell no!! itu belum dia berselfie dan haplod berpuluh2 muka sendiri dgn jayanya, tp opkos la aku x kisah...tp sbb asyik sebut banyak kali, panas jugak telinga ni..idokler kecil molek mana...bersyukur le ko idak gemot mcm aku...hakikatnya masih ada yg lebih cute dan kecil molek di sini...perasaan sungguh...aku rasa org selalunya kalau nak puji cantik ke..nak puji2 la...selalunya org yg menilai, org yg pandang atau rasa yang akan kata atau puji..kalau sebut sendiri itu dah mcm masuk bakul angkat sendiri dan riak bunyiknya...kan...kan...
Hoh...ini ler gaya aku setiap kali berhadapan dgn situasi2 di atas..taik tinge yg cair toksah kira la...lagi banyak...mudah ijo..dah selalu sangat..kihkihkih


P/S: Sebagai seorang kawan..bila bekerja sama2, kene professional dan aku ok jer..tp bab dia nak masuk bakul n feeling2 superior tu aku xleh blah ler..

Thursday, 29 May 2014

Kemas2 tabung

As salam...

Ini kisah semalam....

Tabung penuh, beratnya setiap kali nak bukak laci....kebetulannya acik kantin sokmo xde duit siling, so pi tanya dia, nak tukar duit ke idak....haaa....bersinar2 mata acik tu dengar duit siling....hahahahha...

Udahnya korekla tabung...kira punya kira...ada la 100++...ok la kan....ni semua duit baki beli mkn ke hape...ku campak saje dlm tabung...ini mmg kat opis punya la...berat ler nak jinjing beg yg penuh siling...lama2 laci pulak berat...haih....

Ikut hati...aku nak masuk je dalam plastik....tapi bahana kawan sorg ni rajin bebeno nak menggulung duit...haa...lantak...buatla.....aku?? tengok sajork....

Aha...nampak kemas dan senonoh kan...ala...feefeling bank gituh....hahahahahah....

P/S: Misi menabung diteruskan....



Tuesday, 27 May 2014

Thomas Cup milik Ultraman

As Salam...

Kisahnya...aku pindah umah hari yang ada final Thomas Cup...so wajibla TV masih dlm kotak...kalau berjaya dipasang..Astro pon xde lagi....so streaming live dari internet la jawabnya....mujur line ok...hikhik

Muka masing2 nak nangis selepas 1st double kita kalah...tp mmg depa main bermati-matian...

Ni jer ha...tv cinonet nya...ini pon jadilah...dari x tengok lansung...kan...kan...Aku siap kene pakai cermin mata nak tgk...kalau x...samar2 je aku tengok..shuttlecock tu mmg terus x nampakla...ahahahha


P/S: Takde rezeki kita tahun ni walaupun sudah 22 thn mengidam...

Monday, 21 April 2014

Awas...kontraktor penipu dari Kayu Ara!

As Salam...
Astagfirullahalazim...
Astagfirullahalazim...
Astagfirullahalazim...

Hati tengah marah...meluap2 geramnya...tak baik bercerita sbb mcm boleh musnahkan periuk nasik org tp aku rasa aku harus berkongsi supaya xde yg terkena...almaklum nak renovate umah bukan pakai sikit2 duit...beribu2 weii...

Seperti tajuk kat atas tu...mmg aku nak cerita sikit...ni kes kawan tikam kawan...diberi percayaan tp buat taik...aku percaya xde perkara dlm dunia yg x boleh settle...yg penting bawa bincang selesaikan baik2..bukan diam menyepi diri membisu membatu membeku hilang seribu bahasa...itu kurang ajar namanya..mmg disyakki entry ini akan jadi satu entry yg panjang...so pls sit back, relax and keep on reading..feel my pain...sob...sob..sob..

Masa baru kenal, masa nak seal the deal..aku dah ckp dgn dia ni (namanya Edi, ex sekolah vokasional shah alam)..ko bikin keje baik2...nanti aku promotekan dalam blog.. (walau blog aku kecil dan x pemes, kita x tau siapa yg baca dan x tau rezeki nak dtg dlm bentuk yg mcm mana..kan)..kalau ada yg bertanya pasal renovation aku akan rekemen, TAPI KALAU KO BUAT HAL....DLM BLOG JUGALAH AKU AKAN BERCERITA....nah....nyatanya dia pilih yg kedua....now..taste your own medicine la ek...

Perkara ni bermula dgn hal aku sibuk2 carik kontraktor utk buat minor renovation di rumah..carik punya carik Big Boss kata kawan dia seekor seorang ada keje kontraktor...sesajer la di pi risik2...mcm OK la gayanya....so berjumpa la kami di rumah yang nak dikerjakan tu utk estimate costing..umah tu kat Rawang...so mmg mcm OK...ko sebut je apa....semua boleh sajer bikinnya...aku ingat lagi katanya "Kalau ko ada tanah, aku boleh bangunkan umah atasnya.." Gah betul ayatnya...kalau betul pon dia ada skill mcm tu..malas aku nak percaya, ni keje secoet ciponet ni pon x boleh settle...nak bangunkan umah lagi...porahhhhh!!! Hilang respect weii....buat keje sekerat2..apa mende ntah..

Sbb gaya 1st impression mcm OK, sapelah sangka nak kene kencing kan...ajak la berjumpa dlm ujung bulan 12 jugak tu kat gerai mkn area Sg Besi utk finalised discussion...time tu pon nampak mcm OK...even my 2 frens yg ada sama2 masa tu pon x sangka dia nih buat hal taik mcm nih...
Masa tu baru abis grooming kucing, aku sumpah lupa nak bawak duit down payment...so itu kami udahnya bank in sajer..(oh yes..we still have the transaction details)...dia dtg dgn wife dia...selain citer hal bikin keja, ada jugakla citer2 jejak kasih memori silam (whatever!) which i dont really want to know, not interested ler...not my bunch of frens, not my cup of tea...beriya2 cerita as if aku ni sek teknik/voka...eh...eh....eh...aku pedulik apa sape kawin sape...sape tackle sape whatsoever...duh!!

Aha..selepas perjumpaan tu...sibuk la dia nih dok tanya bila nak start buat...sbb dia dah nak abis job, tgh free...eh...mcm pantas buat keje..selepas dah bank in duit...dah bagi kunci umah..dia start beli barang, keje pon jalan....uihhh...pantas kejenya...mmg la mcm puas hati...siap puji...tapi...Hhmmmm...rupanya pantas sbb dia salah dengar, depa ingat aku nak move in by Feb, to be exact early Feb..so ngam2 sebulan bikin keje..tu yg pantas gile babs tu...bila aku ckp depa salah dengar, aku nak masuk late Feb...aha....itulah permulaan hazabnya...dari ramai tinggal 2 orang...dari hari2 dtg keje jadik dtg hari2 tertentu...berminggu x gerak keje pon ada..kadang2 weekend ada..kadang2 weekend xde....macam2la pe'el nya...kata buat kat Rawang..tp tengok fesbuk mcm ada kat tmpt lain...aku masih bersangka baik..aku sedpkan hati dgn kata maybe pekerja nya ramai so boleh bahagi2kan cukup utk semua tempat...sangkaan meleset sama sekali rupanya...

Kisahnya ada job di tempat lain...job cuci longkang...job minor renovation di rumah orang lain...yg bestnya..rumah org lain tu sebenarnya rumah seorang kawan sekolah juga, Shikin namanya...yg mana dia pon terima nasib yg sama mcm kami...duit sudah bagi...barang ada sudah beli..tp yg lagi kesian..keje x jalan2 lagi...bangang2 pon umah aku tu nampak jugakla perubahannya walau ada caca merba sana sini...tp umah Shikin ni...apa pon x bikin lagi ceiling cornishnya tu...yg pasti percent belum siap lg banyak dr yg dah siap...aha...kene main dah kami ni....modus operandi pon sama jek...Bila Big Boss contact2 dgn si Shikin ni...ehh...cerita nya sama...copy paste!

 Hhhmmm...ni la orgnya yg so-called fren...tp tikam kawan sendiri...kita ni nak tolong sama2 Melayu, nak bg biz kat kawan...sudahnya kita kene main...yg fren2 dgn Big Boss tu yg lelaki...yg wife tu aku geram sgt...sbb x respon bila aku pm FBnya baik2 tanya mcm mana aku nak keep in tuch dgn suaminya tuh selepas menyepi diri tinggalkan umah aku x siap2...

See...tarikh 22 March..dah nak dekat sebulan lewat dari tarikh yg dia patut serah kunci dan siapkan umah...seen but no reply...Sebelum tu berjanji bagai...balance pay in cash..umah siap dlm 10 hari...hah...kelaut!! Big Boss dah ckp..kami terpaksa extend tenancy agreement sbb patut keluar umah by Feb..bahana umah x siap...kene extend...kami kene charge rm100 sehari..kalau dia x siap2..rm100 tu kami akan kenekan pd dia plak..sbb pasal dia x siapkan umah on time...haaa...terus menyepi...padahal Big Boss tetap bg duit..dengan harapan dia x buat taik dan siapkan umah...haramm...umah ttp x siap!! Patutnya jgn dibagi duit tu...tp sape sangka..kata kawan...rupanya...hhmmm....

Sbb 22 March tu dia x reply..kami x pegila umah sana tu nak amik kunci konon2nya...dia janji dgn Big Boss next Sabtu dtg pukul 4 ptg utk amik kunci...kami pi la sana....takde sorg pon kat sana..dia pon batang hidung x nampak...telefon x angkat, sms x reply..itu yg aku tulis udahnya kat wall FB dia...tgk tu...tarikh 29 March...maknanya 2x la setan ni janji nak dtg tp xde...kalau x dpt dtg bg la tau..ni main senyap je...ko ingat rumah aku nak pi umah Rawang tu dekat ke...ko ingat kete aku pakai air kencing barangkali??

Pic kiri:
Selepas x dpt nak hubungi si lelaki ni pada 29 March tu...aku try wife dia di FB..sbb aku xde no hp dia nak whatsapp..cuba tgk..sekali lagi SEEN but no reply...apsal xnak reply?? Dari soalan aku tuh ...sah2 aku x dpt contact laki dia kan...menyampah aku...aku unfren minah ni sbb menyampah...arr...mmg dia x rugi apa2...aku pon sama..

Pic kanan:
Sbb Sabtu tu xdpt amik kunci..esoknya pada hari Ahad (30 March) kami buat la apa yg kami terpaksa buat..break in rumah sendiri..this time aku try pm si Edi pulak...seperti yg dijangka kan...wajibla x reply...kalau dia reply mau aku sujud syukur kat situ..boleh??? Oh...lepas tu si lelaki ni unfren aku plak...kalau xde salah kenapa nak unfren kan??!

Big Boss lagi la..non stop call n wasap..tp x reply...kami laki bini plak masam muka kejap bahana setan ni....

Rumah x berkemas...yang dijanji nak pasang x pasang..bilik aku x berpintu...pintu kaca kucing xde..maksudnya xde tu aku pon x tau..katanya dah order tp haram xnampak...ko mkn duit aku ke??? Kes pintu lagi satu...masa deal..semua pintu tukar...sbb asalnya pakai pintu biasa...aku nak pintu yg kotak2 yg tebal sikit...ala...pintu yg mcm chocolate bar tu...aku nak cat kaler putih semua pintu..dia tu pon iye2 la...sekali masa dtg check umah...pintu yg lama x berganti tp dicat warna coklat....arrr....pastu bila kita ckp katanya mana ada janji nak tukar pintu..nampak menipu kan..kalau x buat apa aku zikir2 pasal pintu...aku rasa dia lupa..almaklum byk projek agaknya..sudahnya...ntah apa slow talk dgn Big Boss dia agreed nak tukar pintu...masalahnya slps dia menghilang ni...pintu bilik aku yg dah dia tanggalkan tu semua x berganti...kalau ada pintunya boleh kami pasang..ini pintu pon x beli..so aku kene kluar duit LAGI utk beli dan pasang pintu...pintu kaca bilik kucing mmg xde la..tinggal harapan...sebelum ni kata dah order..tp xde pon...penipu sgt...kurang ajar kan??!

Pintu utama pulak...dah salah ditebuk utk ruang tombol..aku panggil org pasang kunci mmg x boleh masuk... sbb tempat yang di lubangkan measurement x ngam dgn jenis tombol..kes salah tebuk....xke aku mengalami kerugian..dah salah buat...ko tinggalkan aje kan??!!

Lampu yg sepatutnya berganti tidak diganti...mosaic yg pecah x dibuat balik...lampu yg salah pasang x dibetulkan...sampah x dibuang...railing langsir yg salah pasang x dibetulkan...barang dibeli main letak sembarang...cat ko tinggalkan kat luar....dia cuma tinggalkan satu kereta sorong dgn ntah hape2 ntah dlm tu..sakit hati aku! Cat rumah pon x rata...depan kaler lain tepi kaler lain...aku rasa dia pon x nampak...sbb dia pon mcm hantar pekerja je kat sana...aku x rasa dia ada masa nak belek hasil keje anak buah dia tuh...asal boleh..asal siap agaknya...

Para kayu kat bilik kucing...hhmm..katanya boleh buat para kukuh...berat 10kg pon x jatuh....haa...masa aku pi...kayu yg digunakan hanyalah kayu plywood..kalau kucing aku tdo golek2 pon boleh rebah....itu belum depa main wrestling....lain disuruh lain dipasang..pentipu sgt ko nih kan?! Cat para tuh mcm nak x nak aje..kesimpulannya mmg buruk sgt!

Dia suruh kami beli lampu la apa2 nak pasang dlam umah sbb nanti dia boleh pasangkan sekali...kami beli la lampu..beli la railing langsir..mmgla dipasangkan...alhamdulillah...walaupun ada yg salah ada yg terbalik at least berpasang...kalau ko rasa terbeban, jgn janji, jangan ckp apa...kalau boleh buat...buat...x boleh x apa...kami x mintak ko pasang tp sbb dia offer..kami ok jer la...kot la depa malas sbb kami bising salah pasang tp so far, aku ngan Big Boss mmg ckp baik2...yelah org buat rumah kita kan, nak la jaga hati... celing dekat porch pon kami x minta tp dia nak bg free, kawan2 katanya...haaa...yg free siap...yg berbayar x siap..mcm mana tu??

Hah...ni tong sampah ni x berangkat walhal dah penuh....so takkan nak biarkan depan umah...kisahnya aku la kene kluar duit aku sendirik lagi..utk clearkan tong ni....kurang ajar kan??

Ni masa awal2...kemain lagi ....overtime katanya...mmgla...sbb ko ingat nak pindah awal bulan 2 kan...lepas ko tau hujung bulan 2....jgnkan overtime..keje biasa pon xde..sibuk job cuci longkang...cat stadium...hooray2 dgn kelab kete Waja...kan...kan...x salah nak beriadah dgn family...tp dah ko tau ko ada job..siapkanla...ini setiap kali nak dtg weekend payah sgt..asyik xde la..halfday la..tu belum masa pilih cat...kelam kabut je nak cepat sbb ko sibuk nak pi beli kasut anak kan...kan...

Menyampah! Hati2 ya...kalau jumpa dgn ini org..x payah kasi job melainkan korg sudi nak leburkan duit....dia selalu cerita org x bayar last payment dia...so aku mcm tertanya2..apsal org tak bayar..mmg setiap job ko tergantung mcm ni ka??


Kami ni bukan xde hati perut...tanya baik2 tak nak jawab...aku percaya semua benda boleh diskas..anak sakit ka...ke kot dia yg sakit ka...kot la at the end job ni xde untung..atau mmg salah kira duitnya x cukup ka...atau xde manpower nak buat kerja...atau ko nak stop xnak buat ke...apa pon masalahnya..ckpla!! Dari diam je x bgtau apa..kami dok tertanya2 apsal... Dia ada ckp..cat yg aku pilih tu kaler mahal..kaler kene bancuh bukan yg readymade...mana lah aku tau kan...dah ko bg katalog aku pilih je la....xde plak dia bgtau ini mahal ka ini murah...kot ler lari bajet sbb pilih cat mahal, xde untung...kene la bg tau...kan...bila diam jer mmg la mengundang kemarahan org...

Yg pasal kes kawan Big Boss seorg lagi yg kene kencing jugak tu kan...si Shikin, dia pon call2 xdpt..call wife dia x angkat...bila call guna no hp lain ....eh...ada org jawab pulak..means hidup la lagi depa nih kan...tp mcm biasa banyak drama nye, nanti call balik la...line x clear la, x dengar la...alasan nak hang up cepat je semua nih...so sah ler dia angkat call kami sbb nak berdiam dan melarikan diri..yg bestnya..Shikin ni dah pi carik dia kat umah kat Kayu Ara tu...opkos la jumpa kan..tp dia xde kat umah..bininya yg ada..haa..menggelupur la balik sbb org dah carik sampai ke umah....dengarnya dia berjanji lagi...akan buat sampai siap...err...ntah siap ke idak...kita tgk dan lihat...yg itu mmg harus la carik kat umah sbb dah bayar RM12k, separuh dari harga yg dia quote tp apa pon tak siap kan...kami ni...dah lebur RM17k...sbb dia dah buat bencana ni...aku kene la carik kontraktor lain nak perabih keje dia yg tingal sikit sana sikit sini...ko ingat aku ni cap duit??? ke aku bleh main petik2 duit dari pokok???

Sekarang ni..hati2la..kawan sendiri pon belum tentu boleh percaya...

Kalau ko baca la Edi....bawakla2 bertaubat...ko dah susahkan org...nanti org lain pon akan susahkan ko...lembu dipegang pada talinya...manusia dipegang pada janji...so ko ni kategori mana? lembukah? orgkah? Atau tiada dlm dlm senarai di atas??

Pengajaran utk semua, lain kali kene jugak2 buat aggreement ke hape sblm keje berjalan, x kisahla ko kawan ke..sedara ke...susah nak percaya org kalau gini keadaannnya...perjanjian untuk tempoh nak bg duit, nak bagi bape percent, tarikh siap bila, kalau x siap nak penalti berapa, semua kene buat dan amik kira, jgn jadi mcm kami, bodoh kami ni sbb percaya kawan, semua atas janji mulut...full quotation pon x dibagi, katanya nanti terkejut tgk harga sbb lagi tinggi dari yg dia quote...sbb full quotation detail dan itemised semua..harga kawan2 la katanya...patutnya kami mintak jugak quotation tu...sekarang sama jek...kene kluar duit 2x..



Sunday, 9 March 2014

Doa kerdilku buat MH 370

As salam...

Kejadian kehilangan pesawat MAS MH 370 masih menghantui semua....terkejut...x percaya...x kurang juga yg x sabar. .masing2 berebut nk bg buah pikiran....haishhh....

 Tgk ni....ramai betul sebok nk jd informer tak rasmi lagi tak bertauliah...jgn ditambah susah hati org...kita kena belajar berempati...what if yg kene tu family kita...or kawan rapat kita....bangang2 pon kawan2 biasa....kesannya ttp ada...kene sensitif sikit...

Sedih aku baca nih :'( ya allah...

Hhhmmmm....betul tu ...pls save ur stupid opinion to urself ..taula pihak berkuasa tu nk jlnkan keje depa...

Ameen....amenn...yra....


P/S: Ya Allah...lindungilah mereka2 ini...jika masih belum ajalnya mereka...Kau kembalikan lah mereka kepangkuan org2 yg menunggu dan menyanyangi mereka...sekiranya sebaliknya takdir yg tertulis buat mereka...mohon segera dipertemukan agar jenazahnya dapat disempurnakan dengan sebaik2 cara....Berilah pertunjuk dan jalan kpd para penyelamat dlm usaha menyelamatkan mangsa...Kau tenangkan hati ahli2 keluarga mereka dalam menerima ujian Mu...sesungguhnya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan...Tuhan sekalian alam..yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...hanya Kau sahaja yg tau sebaik2 hikmah disebalik setiap kejadian..Ameen..



Tuesday, 18 February 2014

Geli seh!

As Salam...

Zaman sekarang ni, budak2 sekolah seriously dah x rupa mcm budak2...mana yg kurang ajar, mana yg besar kepala, almaklum..dah biasa senang...x pernah idup susah..kalau tgk kat fb tu...mana yg panggil mak babi la..mana yg nak rogol cikgu la...mcm2 sgt...dah xde rupa budak2...takot plak aku kadang2...

Yg ni plak..dpt kat FB..alahai...aku tgk pon mmg budak2 sgt nih...alahai..nak berkapel..ko punyer pasal la...tp perlu ke nak cium2 tangan cium2 pipi bagai...geli tau tak..dah ler makanan, pakaian, spender ko..top up hp ko pun masih mak abah ko belikan...so silalah jaga perangai ngan adab tu...geli tau tak..geli..geli...

Murahnya harga seekor seorang perempuan, first date baru lelaki tu dah boleh pegang n cium2 ko...alahai...sedih betul...
Yang lelaki tu sah2 la feeling2 dah besar, konon2 dah boleh diharap utk jaga dan melindungi sorg perempuan...ala..yeke...adik2 perempuan ko kat umah, ntah dia jaga ke idak tu...

Sibuk nak berkapel..meh sini nak tgk sikit result exam kat sekolah...banyak A ke banyak C, D, E... ke maintain fail sokmo sbb sibuk bercinta..haihh...ni bukan masanya dik ooi...belajar dulu...

Pastu jumpa ni plak kat FB...komik sedih namanya..mmg sedih betul...haaa...pengajaran betul...mmg kisah benar...mana yg buang anak..buang...tinggal sana sini..mana yg berani dan berduit sikit, gigih la pi gugurkan kandungan...bagus komik ni..ada pengajarannya...




Sedih kan...yg last pic ni mmg pic betul yg di lukis semula maybe...kalau x silap di hospital di Singapura...sbb aku pernah terbaca article pasal anak2 pasangan Islam yang digugurkan...so pihak hospital yg uruskan pengebumian janin2 tu.. aku rasa bukan kat Spore aje..kat mana2 jer ada berlaku pengguguran ni.,..cuma berlaku secara sah atau haram (sembunyik2) jer...


P/S: Ni baru2 ni ada yg ugut nak rogol cikgu plak...padahal baru darjah 3...ntah2 sunat pon belum...apa nak jadi???


Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers