Topics

rencam (140) emo (120) friends (113) Bokashi (62) makan2 (56) Rozy Tiger (54) family (43) betty (35) Lulu (29) Budak Asrama (28) books (21) sale (20) umah baru (18) Giant (16) Boo Yong (11) momot (11) Mail Lambung (10) PG journey (10) Sunkiss (10) cikgu (9) PETKNODE (8) AIR ASIA SALE (7) holiday (7) spss (7) PhDJourney (6) Synergi (6) movie (5) bake (4) daging (4) pasta (4) Ramadhan (3) ayam (3) sotong (3)

Search This Blog

Free counters!

Friday, 9 September 2011

Hhmm...aku pakai asap je...

As Salam..
ptg Jumaat yg mulia..

 Betty..nape nangis sampai tutup2 muka tu...??
~ Hhmm..susahla mcm nie...mama..mana Betty nak carik extra 60sen..huhuuhuh.. ~

 Sama la ngan Rozy..Rozy ada ngam2 je 10 hengget nie..leceh la..
~ Errkk!!! ngape korg nie... ~

 Ma..oh ma..adik nak pinjam 60 sen bleh..adik pon x cukup nie..pls..pls..
 ~ Eh..apsal sume kecoh pasal 60 sen ni..??? ~        
(Mama mode confused)

 Huhuhu..kalo xde 60 sen..xde maknanya ada henpon..baik Rozy humban je henpon ni kat litter tray..huhuhu..Rozy kene carik part time job la nampaknya..sbb nak carik lg 60 sen!! huhuhu

 Laaa...mama tak tau ke?? start 15hb nie..top up kene tax 6%..kalau beli top up 10 hengget..kene bayar 10 hengget 60 sen..hhmm..10 hengget tu ada..dpt dr duit raya..tapi...kitaorg xde 60 sen!! camner nak beli top up..henpon Rozy tinggal 12 sen je ni!!
~ hhmm...henpon adik lg la..dah zero & tak leh nak call out dah...~

Abg Mail Lambung..abg ni balik je mkn..mkn je balik..tak risau ke top up kene tax 6%? Abg kan byk gurlfren..mesti byk pakai top up kan..abisla duit abg pas ni..
~ tak risau la..sbb aku antar msg guna asap..macm red indians...~


Berita sumber dari Berita Harian..
KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya. 

P/S: Malaysia ada 26,500,000 pengguna telco prepaid. Jika purata sebulan seorang guna RM50, pendapatan telco prepaid adalah RM1,325,000,000 dan jika cukai 6% dikenakan jumlahnya RM79,500,000 SEBULAN SAHAJA sama banyak dengan pendapatan RM2,000 sebulan bagi 39,750 rakyat.
bagi sesiapa yg beli topup sblom 15 september 2011 dan telah dikenakan cukai sebelum berkuatkuasanya peraturan baru itu, sila hasilkan/rakamkan/simpan sebarang bukti berkenaan transaksi tersebut. buat laporan di balai polis/ tribunal tuntutan pengguna untuk langkah seterusnya.
 

Thursday, 8 September 2011

Bye2 Ball2...

As Salam

Balik dr kampung..bukak FB..kecoh pasal PETKNODE..alhamdulillah mujur x hantar kak mok kat sana..terima kasih dr nurul dr HVC sbb ingatkan utk isi borang boardingcepat2 takut penuh..tak lupa pada Big Boss sbb dr awal menentang Betty ke Petknode sbb dia kata x sedap hati..berat je rasa nak ke sana..ada hikmah rupanya..syukur ya Allah..

Bergegas..siap2..nak ambik kak mok..dah janji nak fetch dia hari ni..sampai2 je..hhmmm..kak mok tgh relax..siap tdo atas penimbang HVC..Betty..ko mmg kaki tdo...baek punyer dia landing atas penimbang tuh...hikhik..kerinduan yg amat sgt..tapi cover2..takkan aku nak peluk cium nangis hiba plak depan dr nurul ngan dr joe..sampai umah..mmg aku gomol2 dia..rindu!!

Selain tu..sempat aku p vaccine si Rozy Tiger ngan Bokashi..Rozy kan awek gengster..dr nurul cucuk dia relax...buat dunno jer..tp bila part si Bokashi nak di cucuk..haishh..mcm kene rasuk..tetiba garang x semena2..apa nie...x paham..padahal kat umah punye la manja x tau nak ckp...

Bincang2 punye bincang..kasi zass terusla..berat dan umur pun dah sesuai..lgpun nampak Bokashi mcm dah practice2 nak pancut2..sblm dia pandai..aku kasi zass dulu..remove itu ball2 jantan..then vaccine skali..

Nak zass pun amik masa..ngape??  anak aku kebal..cucuk ubat bius..dah muntah 2x masih x mamai..dr siap tutup lampu..tutup cage nak kasi dia relax..hhmm..x jalan...dia duduk tegak mata stil membulat..so dr cucuk lg skali..kasi pengsan mcm nak spay kucing betina..baru dia rebah..itu pun sempat menendang2 masa tgh operate ball2 dia tuh..nak kata sakit..dia dah mmg dah pengsan..musykil aku kejap..mmg kamu kebal ler Bokashi!! Ilmu apa kamu pakai?? meh khabar kat mama...

 Ni ler rupa budak kebal pas sampai umah..dia muntah2 lg kat umah..pastu tdo..effect ubat x abis lg kot..cian anak mama..mama buat utk kebaikan kamu jugak..

 Monyok..xde semangat..diam aje dia atas hammock tu..slalu pantang org lalu lalang depan cage dia..bising mulut dia menegur org mcm bertih goreng..masih mamai ler tu...

 Dlm healing proses..hari2 mama bubuh bedak Agnesia tu..biar ball2 kamu cepat kering..dia tau dia pas buang ball2..pesakit la konon tu..manja sgt..x leh nak buat kerja..dia tdo kat tgn..tdo depan lappy..tdo atas lappy...duhai la anak...

 Kadang2 mintak pangku..mintak garuk2 perut..ngengada kamu yer..tp sbb kamu pesakit..pastu kamu berani masa cunat..mama layankan aje pe'el kamu nih..

 Tgk..yg tinggal kantung ball2 aje..dah kering dah..Bokashi pon dah aktif balik..tp perangai berubah saaaangat ketara..dah jd pondan baik..cepatnya!!

 Tgk tu..tdo pon x payah guna cage..dia dah pandai independent..boleh tdo sendiri..kalau dulu..nak tdo dia akan pekik memekak satu rumah..sbb x tahan kami masukkan dlm cage..skrg tidak lagi!! yes!!

 Dah pandai carik aktiviti sendiri..dah x nakal kacau org atau kak mok..instead dia juga dah claim kipas tu dia punye..hah..sudah..berebut kipas ngan kak mok..dah ler kak mok tu gila ratu kipas kat umah nie..semua kipas dia punye...brape banyak kipas mama kene beli daa...

 Perangai juga makin senonoh..manja berlebih2an dr sebelum dibuang ball2 nya tu..harap kamu sihat..membesar dgn baik sepanjang dibawah jagaan mama ok syg!!

Oh..sbb Bokashi stil below 1 yr..kene repeat  jab la utk vaccine..ujung bulan pegi lagi untuk 2nd jab..then vaccine only once a year..dpt free majalah petster..tq HVC

P/S: Mmg rezeki dipertemukan dgn Rozy..dpt kami sama2 tumpang kasih ngan anak2 dia..depa pon terbela..happy kot sbb dpt owner..pasni turn Fei Mau plak..oh yea..ada update pasal Fei Mau kejap lg..x sangka Fei Mau masih begitu..tungguuuu....

Wednesday, 7 September 2011

1st Time Rozy & Bokashi Balik Kampung...

Isu Petknode tak settle lg..tp aku rasa nak jugak selitkan gambar2 budak2 ni first time balik kampung..

Hhmm..mmg jakun sungguh budak2 ni..entry ni dah lama, time raya hari tuh... buat cuma tak publish jek..

As salam..
Hari ni dah raya ke 2 baru balik kampung….masuk highway dlm  4.10pm..x sampai setengah jam dah kat Tg. Malim…hhmmm…tambah bbrp minit lg sampai Tapah/Kampar…jalan lengang…Laki aku bwak kete mcm ribut pon iye jugak..vroomm..vroom...WGW 7272 memecut laju...sampai x sempat aku nak tdo..hahhaha..

Kaki lenguh toksah citer..sbb sebelum balik masak dulu  utk tapau bawak ke kampong..hhmmm..this yr bawak laksa..ni menu wajib..boring dah aku masak ni jer tiap2 thn…pastu kuah sate/kacang yg bubuh dgg tu ngan sambal sotong…kencang tak?? Ngeee…selain makanan..kucing 2 ekor turut ditapau..packing utk bawak balik..hahhahaha…bawak balik Rozy Tiger ngan Bokashi…ngee..

Malam tu anak2 sedara/kazen2 sume pakat main mercun..hhmm….bila angkut bawak masuk umah..dok bawah katil..sian..kamu takut ye..Rozy jadi x tentu arah..sudahnya aku peluk dia..laju jantungnya..heii..jgn ler kene heart attack anak aku nie..mana aku nak carik vet..ketakutan budak2 ni..aku ngan Big Boss syg2 Rozy..baru dia OK..sbb dia tau mama ngan papanya ada kot.

Si Bokashi lain cerita..dalam takut2..dia sedap di peluk si Aimie..diam je la dia..kene peluk ngan anak dara..hehehehehe..gatal x hingat..balik nanti mama cunat kamu yea..

Satu yg x bleh blah..first time si Rozy ngan Bokashi jalan pijak pasir…menjengkit2…geli ngan pasir dok melekat2 kat tapak kaki..hahhaha..dasar anak bandar le kamu ni!!! Hahahahhaha….

 Letak Bokasi atas katil lama/ambin kat bawah umah..tgk tu..nak terjun ke tanah pon ragu2...dia musykil tu..to jump or not to jump...wahahhaha...

 Sudahnya dia main2 je atas tu tak turun2...hadoila anak aku sekor nie...next time mama belikan selipar yek..

 Bila mama Rozy dia turun and start merayap keliling umah..baru dia ikut..itupun jalan jinjit2..sikit2 kibas kaki ngan ekor..aduyaii...

 Pergerakan budak2 dipantau Big Boss..sbb depa x biasa lg kan..lg pun pakcu aku pon bawak balik 2 ekor kucing dia..tp itu mmg otai..setiap kali balik kampung dia mmg ada..dah merayap sampai kluar kawasan umah..tak payah peta ke GPS, depa pandai balik sendiri...anak2 aku ni novice baru..kang ilang..susah aku wehhh..nangis x berlagu...

 Si Rozy kunun2 nak terjun dr tingkap..jenuh aku tarik bontot nya tuh..sabar2..bawak bertenang Rozy ooii..mama tau kamu exited...tp  turunla ikut pintu..x payah la main terjun2 nie..kalau patah kaki mana nak carik vet time2 raya nih...

 Berjaya ditangkap Big Boss....setelah Rozy didapati berjaya meloloskan diri keluar dari pagar umah..degilnya kamu Rozyyyy!!!! x padan betul perangai kamu kat kampung yea..mentang2la x dikurung dlm umah..suka dia jd outdoor cat kejap..balik ni kamu mandi!! dgr ma ckp...mandi!!

P/S: Dlm bersuka2 raya..masih ingatkan Betty..mama rindu Betty.. apa la yg si kak mok tu tgh buat agaknya.. hhmm….. =(


Daisypath Anniversary tickers

Happily married

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Usia perkongsian cerita kita...

PitaPata Cat tickers